KUALA LUMPUR: Pembukaan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan bagi negeri yang beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan hanya dilakukan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa itu berkuat kuasa.

Berikutan itu, kementerian berkata pembukaan institusi pendidikan seliaannya bagi negeri Selangor dan Melaka Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal pada 4 Oktober ini berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 2 PPN walaupun negeri berkenaan beralih ke fasa 3 esok.

Menurutnya, ini membabitkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

“Pembukaan juga membabitkan pelajar semester dua Tingkatan Enam, International Baccalaureate Diploma (IBD) tahun dua, Program Prauniversiti Semester tiga di Sekolah Sukan Sukan Malaysia dan Murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBDP).DISYORKAN UNTUK ANDA

“Bermula esok, negeri Selangor dan Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 3 PPN.

“Oleh itu, pengoperasian institusi pendidikan di negeri berkenaan mengikut ketetapan Fasa 3 PPN akan bermula pada 18 Oktober 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.