Gambar (tahun di rahsiakan 😅) bersama dengan Pakcik Rich. Nama rasmi beliau, Sir Richard Roberts. Kalau mengikuti berita sains, hari ni Pakcik Rich datang ke Malaysia lagi. Kenapa?

Beliau merupakan pemenang Anugerah Nobel Fisiologi/Perubatan pada tahun 1993! Pakcik Rich ni dapat PhD dalam bidang Kimia Organik Hasil Semulajadi. Pasca PhD, kajian beliau yang selanjutnya adalah melibatkan bidang biokimia dan biologi molekul. Sehinggalah beliau telah menempa pelbagai kejayaan.

Kunjungan Pakcik Rich kali ini adalah sebagai tetamu utama program Kem Sains Asia, di mana Malaysia terpilih sebagai tuan rumah untuk tahun 2017.

Ya tuan-tuan. Minggu ini, negara kita bukan hanya menjadi tuan rumah ‘SEA Games’ sahaja. Ada satu lagi program besar, namanya Kem Sains untuk peringkat Asia.

Siapa perasminya? Sultan Nazrin beb!

Ya lah, semua orang minat sukan. Katanya industri sukan akan membawa pulangan ekonomi yang jutaan nilainya. Disamping itu, adanya prospektif limpahan pelancongan. Sebab itulah pelaburan dalam bidang sukan sentiasa mendapat keutamaan.

Industri sains, teknologi, inovasi? Sejak sekian lamanya kita masih tersekat di takuk 1% KDNK untuk R&D. Negara maju berada pada skala 3%.

Kita ni, macam makin lama makin berkurang je (Rujuk artikel tulisan ex-CEO ASM di TheStar dua hari lepas). Demi negara, siapa yang mampu bagi 2%, undi saintis pastinya untuk tuan-tuan! 😄

Gambar lain dah tak jumpa. Baju kot tu pun dah hilang, tertinggal kat Langkawi 😅

My take on hybridize science and tourism:
https://people.utm.my/bakri/2017/03/22/966/