Dalam rangkai karya buku ‪#‎Sainslah‬, mungkin tulisan abang lah yang paling skema. Kalau membaca ringkasan latar belakang abang yang dimuatkan, boleh nampak kenapa keskemaan berlaku. Tajuk pun dah skema. Istilah popularnya geng baju batik! 😅

Satunya kerana abang banyak terlibat dengan organisasi rasmi yang berperaturan dan mempraktiskan budaya bisnes yang serius. Keduanya abang sentiasa terikut-ikut gaya rasmi kerana banyak membaca laporan dan polisi rasmi. Dan bahan rujukan penyelidikan sains yang dibaca harian pun berayat skema. Ketiganya abang selalu berfikir sesuatu dengan pandangan yang analitikal, mengira fakta dan kurang perspektif santainya- latihan diterima sememangnya begitu; macam nak mengubah dunia gayanya. 😎

Sebab itulah artikel-artikel yang abang hantar di media cetak pada awalnya di tolak. Mungkin terlampau serius untuk bacaan umum komuniti. Selepas itu, abang belajar dan ubah sedikit demi sedikit sehingga artikel abang di terima untuk rencana media. Itupun kawan-kawan kata laras bahasanya masih tinggi. 😬

Jika ada edisi kedua #Sainslah, nanti abang tulis dengan kesantaian yang nyata pula. Semuanya untuk mempromosikan kepentingan sains, menggalakkan pendidikan sains dan membudayakan komuniti dengan nilai sains. Alamak, ayat skema abang dah mula keluar.

-Abang Skema #Sainslah-

Beli-lah dan Baca-lah, Iqra’!

ms8