Salah satu kelompongan wacana Revolusi Industri 4.0 adalah pengolahan terhadap cabaran nilai kemanusiaan yang baharu. Sememangnya Klaus Schwab tidak ketinggalan untuk memberikan peringatan sepertimana dinyatakan di dalam buku beliau:
“These will raise some of the biggest ethical and spiritual questions we face as human being”
Namun begitu, pertunasan maudu’ yang berlaku belum mangli di angkat sebagai bicara khalayak lanjutan. Misalnya impak leluasan penggunaan teknologi digital kepada pencirian norma baharu sosio-kemanusiaan memerlukan kedalaman penelitian.
Cuma akhiran ini anjungan bicara segar berlaku apabila ditemukan silangan pendapat diantara dua ikon inovator global (Elon M vs Mark Z)
Telahpun dinyatakan pengempangan hidup dalam lingkungan kedigitalan memungkinkan makna empati dalam interaksi sudah tiada fungsi.
Anak-anak milenia baharu pula dijangkakan kehilangan daya tumpuan yang panjang, kurang kemandirian dan terlebih agiliti. Wajarannya, adakah asas pendidikan 3M perlu dikonstruk semula supaya kekal relevan?
Melihat ke hadapan, saya berpandangan anak-anak tersebut akan kembali memerlukan penerapan semula asas 3M. Hal ini kerana pendigitalan pendidikan akan secara beransur melenyapkan makna asli membaca, menulis dan mengira. Pada asasnya, tujuan penerapan 3M tetap penting yang berfungsi waima dalam mana-mana zaman.
Seterusnya, anak-anak tersebut akan menginjak ke tahap pendidikan seterusnya sehingga mendapat jemputan ke peringkat tertier.
Sekali lagi, bagaimana keperluan olahan pendidikan universiti untuk menerima rupabentuk baharu anak-anak tersebut?