Sekuriti siber telah menjadi bidang keutamaan dalam konteks menangani ancaman baharu terhadap kehidupan berteras digital. Namun, adakah terdapat juga ancaman lain terutamanya daripada punca ekosistem semulajadi?

Pernah dengar ribut geomagnetik?

Baru tahu? Usah risau kerana anda belum terlambat.

Setakat ini, ribut geomagnetik yang dikesan berlaku di Malaysia pada Disember 2006 hanya mengakibatkan gangguan isyarat GPS selama 15 minit.

Sebagai perbandingan, antara kejadian ribut geomagnetik yang paling teruk telah dicatatkan di Kanada pada tahun 1989. Dikenali sebagai ‘Quebec Blackout’, ribut geomagnetik tersebut telah memutuskan bekalan kuasa elektrik selama 9 jam!

Kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa menjadikan negara kita masih ‘terlindung’ dan dapat dijadikan sebagai piawai rujukan dalam tentu ukur magnitud geomagnetik.

Soalan seterusnya.

Kenapa berlakunya ribut geomagnetik?
Soalan pertama mesti dalam domain ‘kenapa’!

Apa kaitannya dengan fenomena aurora yang cantik seperti awak itu?
Opps!

Bagaimanakah sistem magnetik semulajadi bumi membantu mengawal selia magnitud ribut geomagnetik? Subhanallah!

Kenapakah ribut geomagnetik masih dikesan di bumi terutamanya di bahagian kutub utara dan selatan?

Apakah kaedah pengesanan awal ribut magnetik sebagai langkah persediaan?

Adakah negara kita selamanya Harimau Malaya? Ok itu lagu bolasepak.
Maksud nya Malaysia akan selamanya dan sentiasa ‘terlindung’ kerana kedudukan kita?

Mungkin belum tentu jika melihat kepada tren semasa fenomena gangguan alam?

Apakah jawapan untuk kesemuanya?
Itulah pentingnya ‘Science Education…