Bilangan Kementerian harus benar, berani dan bijaksana
Di sebut ‘benar’ kerana bilangan kementerian harus berdasarkan benarnya keperluan, dan bukannya bilangan mengikut kuota peruntukan politik sebagaimana banyak amalan sebelumnya.
Tentu semua ini memerlukan mereka yang ‘berani’ merekayasa kabinet menteri; merubah jadi baharu, mengurang yang mampu, menambah yang perlu.
Begitu juga dalam mengetuai kabinet baharu, perlunya hadir bijaksana terutamanya jika menguruskan sinergi bidang-bidang kementerian yang baharu.