Definisi pusat pembelajaran sains telah pun diperluaskan melangkaui pusat-pusat rujukan utama seperti Pusat Sains Negara dan Petrosains.
Kini, yang harus dilaksanakan adalah mendokumentasikan perihal sains yang dipunyai oleh pelbagai pusat pembelajaran; merentasi contoh seperti muzium dan zoo yang mengandungi konten melibatkan sains.
Hal ini dapat dilaksanakan melalui pelbagai kaedah; antaranya melalui lantikan pegawai sains di pusat terpilih, memperkenalkan tawaran diplomat sains ataupun latihan bermentor kepada pegawai terpilih daripada pakar sains.
Kemudian, mempromosikannya dengan selayaknya bagi memperkasakan inisiatif enkulturasi sains negara.