Besarlah harapan semoga YB Menteri YBY dapat merealisasikan aspirasi YAB yang telahpun dikongsi melalui penulisan buku YB bertajuk ‘Reimagining Malaysia’ berkenaan:

1) Pendidikan STEM

Polisi pendidikan negara turut mengutamakan bidang STEM, namun negara masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Malaysia mempunyai banyak pelan perancangan, tetapi tidak mempunyai kemahuan politik yang tinggi untuk melaksanakannya dengan cemerlang. Bayangkan jika generasi muda dapat disediakan dengan pengetahuan STEM dan kemahiran pengkodan yang terbaik bagi manfaat ekonomi digital negara.

2) Belanjawan R&D

Bagi memajukan ekonomi yang berasaskan pengetahuan, kita perlu meningkatkan belanjawan untuk penyelidikan dan pembangunan R&D. Namun, Malaysia hanya memperuntukkan sebanyak 1.3% daripada KDNK negara, lebih rendah daripada purata bagi negara berpendapatan pertengahan dan rendah.

3) Perubahan Iklim

Pemanasan global akan tetap berlaku dan memberikan impak negatif kepada alam kehidupan. Dua langkah penting harus dilaksanakan melibatkan proses adaptasi dan mitigasi.

4) Keselamatan Makanan

Malaysia juga bakal menghadapi krisis keselamatan makanan. Justeru, kita harus memanfaatkan bidang bioteknologi yang membantu meningkatkan pengeluaran makanan yang berdaya tahan terhadap penyakit, perubahan suhu dan persekitaran.

5) Teknologi Hijau

Kita seharusnya mempunyai pelan strategik bagi membangunkan teknologi hijau kerana pasaran permintaannya akan semakin meluas.

#ReimaginingMalaysiaWithSTI