Angka 500,00?

1. Ramai yang telah berkongsi pandangan berkenaan isu kekurangan bilangan penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) berbanding keperluan negara pada tahun 2020. Unjuran yang ditetapkan adalah pada angka 500,000 dan dinyatakan akan gagal dicapai dengan kadar RSE sedia ada.

2. Namun, ramai juga yang menyuarakan kehairanan kerana tidaklah sebanyak itu peluang pekerjaan melibatkan RSE yang ditawarkan pada tahun semasa. Lebih-lebih lagi hanya 2 tahun sahaja berbaki menjelang 2020. Ditambah pula serasa dengan peningkatan kadar penggangguran graduan termasuk RSE.

3. Isu RSE 500,00 telah dibangkitkan sekurang-kurangnya dua kali secara berturut pada tahun ini. Kedua-duanya dilaporkan sebagai merujuk kepada petikan ucapan perasmian persidangan oleh YB Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah Kementerian.

4. Dalam hal ini, RSE 500,000 tidak harus dibaca dengan terhad kepada satu angka mutlak, tanpa diberikan gambaran sepenuhnya. Memahami limitasi ucapan sewaktu persidangan, serta kaedah pelaporan media; unjuran angka 500,000 perlu diberikan lanjutan penerangan bagi memberikan konteks yang sebenar.

5. Misalnya, angka tersebut merupakan unjuran yang dibina berdasarkan prospektif Program Transformasi Ekonomi ETP yang majoritinya melibatkan pacuan bidang STEM. Dengan itu, perubahan angka boleh berlaku bergantung kepada kejayaan program ETP mencapai matlamatnya.

6. Antara yang menjadi kerisauan adalah program ETP didasarkan kepada aspirasi penglibatan yang besar daripada pihak industri dan swasta. Sedangkan pada realitinya, lonjakan penglibatan tersebut terutamanya dalam pelaburan R&D tidak berlaku sepertimana diharapkan.