Kisahnya dalam penghasilan bahan kimia berkepentingan seperti untuk bidang perubatan, pembuatan dan pertanian yang melibatkan sebatian organik, aplikasi tindak balas kimia yang bermangkinkan logam sangat padu.

Walhasilnya, perkembangan hebat berlaku sehingga memacu penghasilan bahan kimia utama melalui tindak balas seperti Suzuki (Atok Nobel Laureate), Negishi (Nobel Laureate), Heck (Nobel Laureate), Grubbs (Nobel Laureate), Schrock (Nobel Laureate), Stille, Sonogashira, Hiyama, Tebbe dan Kumada (1).

Tindak balas tersebut bermangkinkan logam seperti paladium, rutenium, titanium, molibdenum dan nikel.

Kajian berkenaan penggunaan mangkin logam dalam tindak balas kimia diteruskan terutamanya bagi menghasilkan bahan kimia organik tidak simetri-assimetri.

Impak penyelidikan ulung oleh Sharpless (Nobel Laureate), Noyori (Nobel Laureate) dan Knowles (Nobel Laureate) telah menatijahkan kejayaan yang memudahkan pelaksanaan pelbagai tindak balas kimia bagi menghasilkan bahan kimia organik tidak simetri.

Kajian tersebut melibatkan penggunaan mangkin tidak simetri dalam bentuk kompleks logam.

Bahan kimia tidak simetri mempunyai aplikasi berkepentingan yang sangat bermanfaat (2), justeru memerlukan tindak balas yang spesifik dan terpilih.

Mangkin berasaskan kompleks logam telah berjaya melakukannya.

Walaubagaimanapun, tindakbalas yang menggunakan logam juga mempunyai kekurangan seperti kestabilan bahan yang rendah dan kos yang tinggi.

Di sebalik kegemilangan hasil mangkin berasaskan logam, mangkin alternatif tanpa logam jarang diteroka seumpamanya dan kurang mendapat tempat dalam kajian terdekat.

Di sinilah, mangkin organik berasaskan bahan semulajadi seperti prolina (kajian Nobel Laureate Benjamin List) dan bahan organik ringkas seperti imidazolininon (kajian Nobel Laureate David Macmillan) telah berjaya menyempurnakan hasrat penghasilan mangkin bukan logam yang efektif.

Dua tokoh tersebut kini diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Nobel Kimia 2021.

Rujukan

(1) Kepentingan mangkin dalam tindakbalas kimia:
https://www.facebook.com/556616447/posts/10153970051786448/?d=n

(2) Kepentingan bahan kimia organik tidak simetri-assimetri:
https://www.facebook.com/556616447/posts/10155285851411448/?d=n