Modul robotik merupakan medium yang boleh menawarkan tarikan pembelajaran terhadap STEM yang bersepadu, seterusnya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Begitulah antara maklumat literatur carian daripada pelbagai hasil kajian global.
Namun, harus disuarakan sedikit kebimbangan terhadap kaedah kita melaksanakan hasrat tersebut dalam konteks tempatan. Bahkan, kemuncak kerisauannya adalah apabila pembelajaran robotik (termasuk pengekodan) telah menjadi satu fenomena yang melanda negara bersama curahan dana kewangan.
Semoga pakar-pakar pendidikan STEM tempatan dapat menunjukkan amalan terbaik kepada pakar kandungan robotik, untuk merealisasikan hasrat pembangunan, kemajuan dan pengkayaan pendidikan yang menjadi impian bersama.