Rasa oren dan lemon adalah di sebabkan kehadiran bahan kimia yang sama bernama limonena. Apakah yang menyebabkan keduanya mempunyai rasa yang berbeza? Limonena tersebut mempunyai dua enantiomer di mana satu daripadanya memberikan rasa oren 🍊. Enantiomer cermin nya pula memberikan rasa lemon
🍋. Hebat bukan?
Sistem metabolisme semulajadi manusia juga mempunyai enzim yang hanya berikat kepada salah satu enantiomer asid amino untuk membentuk protein dalam badan. Begitu juga dengan gula, enzim semulajadi hanya berikat dengan satu enantiomer gula untuk membentuk sistem karbohidrat dalam badan.
Jika kita dapat menghasilkan gula yang tidak di serap oleh metabolisme badan, ianya cukup mengujakan bagi para pendiet! Manis masih terasa dan tetap ada!
Konsep ini telah melahirkan kajian untuk menghasilkan pengganti gula yang bernama ‘Aspartam’. Salah satu enantiomer Aspartam adalah dalam bentuk yang tidak dapat di serap oleh badan, tapi masih dapat memberikan rasa manis 😋. Berita yang terbaik. Namun, sila berhati-hati. Enantiomer cerminannya akan memberikan rasa pahit pula
😖
Sama, tapi tidak serupa!