Sorotan Sains 2018

  1. Definisi 1 kilogram telah diperbaharui menggunakan kiraan pemalar Plank berbanding sebelumnya yang dipiawaikan kepada berat objek yang boleh berubah. Ini kerana bahan aloi platinum-iridum yang menjadi rujukan kalibrasi 1 kilogram sejak 129 tahun yang lalu telah menyusut berat sebanyak 50 mikrogram (anggaran seberat sehelai bulu mata). Kesan minima 🤗
  2. Buat pertama kalinya, penyelidik telah menemui bukti terdapatnya air di planet Marikh. Sepertimana di bumi, kawasan yang mempunyai air kebiasaannya juga mempunyai hidupan. Begitu juga dengan prospektif kewujudan air di Marikh yang mengujakan ramai pihak. Makhluk asing kah 🤔
  3. Sekali lagi, pasukan saintis memberikan amaran kepada dunia berkenaan pemanasan global di mana kadar peningkatan suhu sebanyak 1.5 darjah selsius dijangka akan dicapai lebih awal iaitu pada tahun 2030 berdasarkan aktiviti semasa. Lebih membimbangkan, peningkatan sekadar setengah darjah selsius sahaja melepasi tanda suhu 1.5 akan membawa kesan yang cukup memburukkan melibatkan krisis kemanusiaan berpunca daripada ketidaktentuan alam dan cuaca. Ini betul-betul, bukan cubaan! 😡
  4. Seorang penyelidik daripada China mendakwa telah berjaya melahirkan bayi yang diubah secara genetik dengan mempunyai daya tahan terhadap jangkitan HIV. Hal ini telah mengundang perdebatan berkenaan etika dan amanah terhadap penyelidikan. Aduhai…😓
  5. Saintis telah menjumpai hampir 1.5 juta penguin jenis Adelie yang berada di Antartika. Menariknya, jejak populasi penguin tersebut dijumpai berdasarkan kesan tinja penguin yang dicerap menggunakan imej Satelit NASA. Hal ini meredakan sedikit kebimbangan berkenaan kepupusan penguin Adelie berikutan kesan perubahan iklim. Yeayy! 🥳