Sedikit perkongsian rumusan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara DSTIN 2021-2030 buat permulaan.

Selaku ahli kumpulan kerja penilaian DSTIN 2013-2020 dan formulasi DSTIN 2021-2030 di bawah seliaan Akademi Sains Malaysia, serasa menjadi tanggungjawab untuk meneruskan wacana pemakluman dan pendidikan impak #DSTIN selepas selesai pelancarannya oleh YBM Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 7 Disember yang lepas.

Dengan harapan, tirai 2021 akan dibuka dengan sambungan wacana baharu beserta analisis kapasiti perancangan dan pelaksanaan 6 teras DSTIN; terutamanya bersama sinergi kumpulan Young Scientists Network – Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM)