Menurut Seksyen 17 Akta Ahli Kimia, seseorang boleh diterima sebagai ahli Institut Kimia Malaysia IKM sekiranya ahli Majlis IKM berpuas hati yang seseorang itu memenuhi kesemua 3 syarat berikut:
- Mempunyai ijazah atau kelayakan akademik setara, dalam bidang kimia atau bidang disiplin lain yang berkaitan dengan kimia.
- Mempunyai pengalaman praktikal dalam bidang kimia, tidak kurang dari 3 tahun daripada tahun penerimaan ijazah jika sarjana muda dan setara, atau tidak kurang dari 1 tahun daripada tahun penerimaan ijazah sarjana atau lebih tinggi atau setara.
- Telah berumur 21 tahun.
Ahli Institut Kimia Malaysia layak menggunakan pangkat profesional ChM. di hadapan nama. Contoh: ChM. Mohd Bakri Bakar.

Maklumat lanjut, sila rujuk https://ikm.org.my/memberships-examination/membership-application-grade-upgrading/