Kemenangan Yang Tertangguh

Untuk sintesis bahan kimia yang mempunyai struktur yang kompleks terutamanya untuk meniru bahan yang wujud secara semulajadi, antara kajian yang dilakukan adalah dengan mengenalpasti kaedah untuk menghubungkan dua kumpulan berfungsi berbeza melalui ikatan kimia tertentu.

Kebanyakan hasil semulajadi mempunyai unsur karbon, justeru penyelidikan untuk mencari kaedah terbaik membentuk ikatan karbon-karbon menjadi semakin penting.

Disebabkan unsur karbon adalah stabil, penggunaan mangkin akan membuka laluan untuk memastikan tindak balas kimia berkaitan dapat berlaku dengan lebih efisien.

Di sinilah tindakbalas gandingan Suzuki (mengambil sempena nama Akira Suzuki) yang menggunakan mangkin logam paladium telah menyumbangkan pelbagai manfaat secara saintifik. Misalnya, kaedah sintesis sebelumnya untuk menghasilkan bahan manfaat untuk tujuan perubatan boleh melibatkan sehingga 30 langkah tindak balas. Manakala melalui tindak balas Suzuki, kaedah sintesis berupaya di pendekkan sehingga kepada 10 langkah!

Dengan itu, hasil yang disintesis lebih banyak kuantitinya. Selain itu, penjimatan berlaku dalam semua aspek berikutan pengurangan langkah sintesis tersebut. Kelebihan tindakbalas Suzuki memang sedia teraku.

Penemuan tindak balas ini telah memajukan bidang saintifik seperti sains bahan yang pada akhirnya menyumbang kepada tujahan komersialisasi dalam industri seperti perubatan, elektronik dan pertanian.

Apabila Prof Suzuki menerima Anugerah Nobel bersama pemenang lain pada 2010, semua saintis mengakui ia adalah satu kemenangan yang lama tertangguh!

Daripada 30 menjadi 10.
Doing more with less!

akira-suzuki-nobel-public-lecture akira-suzuki-nobel