Kecil pada kita, besar pada yang lain.

Pada kita, terkadang sumbangan yang diberikan terasa hanya biasa-biasa; barangkali kerana sudah menjadi rutin.

Pada mereka, kita tidak akan tahu.

Yang penting, teruskan memberi bagi yang tetap mampu.
Nilaiannya bukan pada kita atau sesiapa.

Inilah mesej yang diterima:

Assalam Dr., terima kasih yang tak terhingga daripada kami kerana sekolah kami meraih kejayaan johan inovasi sekolah kluster kebangsaan. Kerjasama yg pihak UTM terutamanya tuan Dr berikan memberi impak besar kepada kami.