Kucing ini pembonceng gratis!
FDC Willard adalah ‘seekor’ penulis bersama dalam satu kertas kerja saintifik…
Spesis kucing Felix Domesticus tersebut, diberikan nama Chester, dengan Willard merupakan nama bapanya.
Kisahnya, Profesor JH Hetherington telah berjaya menyudahkan satu tulisan saintifik untuk diterbitkan dalam jurnal bernama Physical Review Letter.
Namun, penemuan yang dibincangkan dalam kertas kerja tersebut menggunakan bahasa ‘kami’. Amalannya adalah kertas kerja tersebut perlu mempunyai lebih daripada seorang penulis!
Kucing pun kucinglah.
Seakan susah nak dipercaya, Prof Hetherington menamakan kucing beliau sebagai penulis bersama.
Harus diingat, penerbitan itu berlaku pada tahun 1975. Kaedah penulisan ketika itu masih menggunakan mesin taip, tanpa kehadiran teknologi komputer yang meluas. Tentunya sukar untuk diubah.
Lagi-lagi tiada lagi sistem email penulis serta data indeks wos atau scopus.
Akhirnya paling mudah,
Meowwww