organic-chemistry-utm

Di katakan matapelajaran yang paling susah di dunia adalah Kimia Organik!

Dalam buku #Sainslah, saya ada nyatakan akronim KO yang di gunakan untuk Kimia Organik sentiasa ditanggapi dengan makna knocked out!

Itulah yang selalu di dengari dan di akui pula oleh ramai pelajar sama ada yang berlatarbelakangkan sains ataupun kejuruteraan.

Tentunya pelajar yang berkenaan mendapati mana-mana pensyarah Kimia Organik berupaya menjelaskan sesuatu konsep dengan begitu lancar, mudah dan tanpa langsung bergantung kepada panduan nota yang terperinci. Semuanya tampak mengikut aturan daripada kaedah sintesis bahan kimia organik sehinggalah tindak balas berkaitan ataupun langkah demi langkah mekanismenya. Lingkungan bahan kimia organik itupun bukan sedikit pula.

Sememangnya mudah begitu?

Dalam sela masa perkhidmatan yang singkat ini, saya telahpun mengajar kursus yang sama lebih daripada sepuluh kali sama ada kepada pelajar sepenuh ataupun separuh masa. Amalan dan praktis pengajaran memerlukan setiap pensyarah bersedia dengan kefahaman yang jitu melalui tambahan pelbagai rujukan. Apatah lagi jika berulang kali diperlukan mengajar konten yang sama sepertimana juga teman-teman pensyarah yang lain.

Fahamilah bahawa siapa yang tiada, tidak mampu memberi.

Menariknya, Kimia Organik merupakan satu matapelajaran umum yang tasawwurnya sangat global dan universal, waima belajar di mana-mana pelusuk dunia pun. Manakala, perkongsian konten nya pula adalah cukup meluas daripada pelbagai sumber terutamanya melalui medium digital.

Fahamilah bahawa man jadda wajada, man zara’a hasoda.