#ParisAgreement
#ClimateChange

“Sains telah menyediakan data pembuktian yang memerlukan kepercayaan kepimpinan mana-mana negara untuk bertindak dengan amanah ketanggungjawaban”

1. Perjanjian Paris telah diratifikasi oleh 195 buah negara (2 negara berkecuali) pada November 2016. Notis rasmi penarikan diri hanya boleh dihantar setahun selepas perjanjian iaitu pada November 2017.

2. Penarikan diri secara total oleh sesebuah negara hanya boleh dilakukan selepas tiga tahun perjalanan perjanjian iaitu selepas November 2020.

3. Walaubagaimanapun, tiga tahun merupakan tempoh yang cukup lama untuk bersama menangani perubahan iklim yang semakin rencam, seterusnya menggerakkan inisiatif adaptasi.

4. Akan tetapi mengikut Artikel 28 perjanjian, penarikan diri serta merta boleh dilakukan jika sesebuah negara tidak lagi menjadi anggota Konvensyen Perubahan Iklim Rangkakerja PBB (UNFCCC).

5. Perjanjian Paris adalah signifikan kerana berjaya melibatkan dua negara ekonomi utama iaitu USA dan China, tidak sebagaimana Protokol Kyoto sebelum ini.

6. Perjanjian Paris tidak diikat secara perundangan rasmi sebagaimana treati. Komitmen setiap negara secara sukarela dan bergantung kepada keperluan negara masing-masing dengan mengambil kira perspektif global.

7. Antara persetujuan yang dicapai melalui Perjanjian Paris adalah dengan mengurangkan peratusan pelepasan gas rumah hijau GHG. USA sebelum ini memberikan komitmen pengurangan sehingga 26-28% menjelang tahun 2025.

8. Mengikut rekod pada tahun 2013, China merupakan negara emitter penyumbang GHG terbanyak iaitu 28% dan diikuti oleh USA iaitu 13% berbanding peratusan keseluruhan global.

9. Dalam konteks Malaysia pula, kerajaan telah menyatakan komited untuk mengurangkan pelepasan GHG sebanyak 45% menjelang tahun 2030. 10% daripadanya adalah bersyarat dengan ada berlakunya pemindahan teknologi dan penerimaan bantuan kewangan.

10. Pentadbiran USA di bawah kepimpinan Barack Obama sebelumnya telah menjanjikan bajet kewangan sebanyak USD3 Billion bagi membantu negara berkeperluan. Sehingga kini, bantuan sebanyak USD1 Billion telah berjaya digihkan.

11. Dengan keputusan terbaharu, baki bajet USD2 Billion dijangkakan tidak akan lagi disalurkan sebagaimana menepati aspirasi pentadbiran Donald Trump ‘America First’.

12. Bagaimanakah maklumbalas industri dan pandangan organisasi saintifik di USA berkenaan penarikan diri USA dalam Perjanjian Paris?

13. Industri besar yang bertapak di USA seperti Apple, Adobe, Facebook, GAP, Google, HP, Intel, Levi, Microsoft, PG&E dan Unilever telah bersama mengeluarkan rayuan melalui media massa utama supaya pentadbiran Trump kekal di dalam Perjanjian Paris.

14. Badan berautoriti saintifik USA iaitu AAAS melalui CEOnya mengeluarkan kenyataan “There is much the United States can do to address the risks that climate change poses to human health and safety, but disregarding scientific evidence puts our communities at risk”.

15. CEO badan professional American Chemical Society ACS (gambar sebelah kiri) dalam kenyataan terbaharu menyebut “Climate change represents a real and current threat to our economy, health and welfare”.

16. Hal ini selaras dengan polisi ACS berkenaan perubahan klimat:

“The American Chemical Society (ACS) acknowledges that climate change is real, is serious and has been influenced by anthropogenic activity. Unmitigated climate change will lead to increases in extreme weather events and will cause significant sea level rise, causing property damage and population displacement. It also will continue to degrade ecosystems and natural resources, affecting food and water availability and human health, further burdening economies and societies. Continued uncontrolled GHG emissions will accelerate and compound the effects and risks of climate change well into the future.”

17. Bagaimana langkah ke hadapan? Buat masa ini, negara-negara lain terutamanya di Eropah dan China tetap komited dengan perlaksanaan Perjanjian Paris.

18. Kenyataan POTUS Donald Trump untuk USA menarik diri masih dibincangkan dengan implikasinya mula diperdebatkan. Trump mahu kembali ke meja rundingan kerana dikatakan perjanjian sedia ada adalah tidak menyebelahi negara USA dan warganya.

19. Banyak pandangan saintifik telah diberikan berkenaan impak perubahan iklim. Harus diakui cabaran tersebut perlu dikongsi secara global kerana kesan yang diterima tidak akan mengenal kawasan serta sempadan.

20. Sains telah menyediakan data pembuktian yang memerlukan kepercayaan kepimpinan mana-mana negara untuk bertindak dengan amanah ketanggungjawaban.

Mohd Bakri Bakar, PhD
Pengerusi American Chemical Society ACS Malaysia Chapter dan Duta ACS
ACS Malaysia Chapter