Aplikasi sains menghasilkan teknologi dimana antaranya melibatkan pengupayaan teknologi hijau untuk kelestarian. Kelestarian tenaga merupakan komponen penting pembangunan negara, dicapai melalui sumber boleh perbaharui seperti air yang harus dijaga dengan lestari. Negara juga kaya dengan komoditi sumber asli yang antaranya boleh dijadikan sumber tenaga baharu. Sumber asli juga merupakan komponen penting dalam hal alam sekitar. Tentu segala dan semuanya bermula daripada sains.
Sebelumnya, terdapat persimpangan yang merentas 3 kementerian yang berkaitan:
-Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
-Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
-Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.