1- Kebimbangan yang semakin relevan untuk diutarakan adalah berkenaan kesinambungan sumbangan sains dan teknologi yang berterusan terhadap kemajuan ekonomi negara.

2- Harus di akui kedudukan ekonomi negara yang di capai sekarang dipacu pada peringkat awalnya oleh hasil industri berteraskan sumber komoditi getah dan kelapa sawit. Kemudiannya, hasil negara terus di perkayakan oleh industri yang berteraskan sumber minyak dan gas.

3- Ketiga-tiga industri berkenaan terus berkembang sama ada melibatkan aspek pemeprosesan mahupun pembuatan. Kekuatan ini dijayakan dengan pembinaan institusi berfokus seperti RRIM (MRB), PORIM (MPOB) dan PETRONAS.

4- Walaubagaimanapun, mana-mana sektor industri perlu terus bergerak dengan rantaian nilai baharu serta berupaya meneroka segmen inovasi keperluan semasa. Pergerakan yang perlahan atau statik akan di telan oleh perubahan masa, apatah lagi dengan peningkatan kehadiran teknologi disruptif.

5- Tentunya kelestarian nilai sesuatu industri adalah melangkau fasa pemeprosesan dan pembuatan. Asas pengukuhannya tetap bermula daripada penemuan penyelidikan berasaskan sains yang diterjemahkan kepada kejayaan penghasilan teknologi sehingga memberikan pulangan ekonomi berimpak kepada negara.

6- Melihat pula kepada sumber perindustrian negara secara holistik, tujahan ketiga-tiga industri yang dinyatakan telah dilengkapkan oleh hasil perusahaan industri dalam bidang seperti elektrik/elektronik dan automatif.

7- Namun begitu, skala kemajuannya masih tersekat pada tahap pembuatan dan pengeluaran yang tidak membawa bersamanya nilai baharu. Malah, pemindahan ilmu dan teknologi daripada luar negara tidak pantas berlaku sepertimana yang diharapkan. Hal ini tidak merangsang kemandirian ekonomi menyebabkan negara berada pada perangkap pendapatan pertengahan.

8- Justeru, mana-mana industri harus melalui pengkayaan bermula daripada punca idea sehingga kepada pembangunan inovasi terkehadapan. Sehubungan dengan itu, inisiatif pengukuhan perlu dimulakan melalui penyelidikan sains yang kemudiannya diterjemahkan kepada teknologi beserta tujahan inovasi.

9- Dalam konteks ini, pengupayaan sebarang dimensi, nilai dan halatuju berteras sains, teknologi dan inovasi STI adalah bergantung kepada kecemerlangan bakat, galakan ekosistem dan simbiosis keserakanan.

10- Setiap satu daripada elemen tersebut memerlukan kajian dapatan semasa, sokongan polisi beserta kesepaduan di antara perancangan dan perlaksanaan.

stem-malaysia

UTM Open Day