+ Kelihatannya kehadiran ‘disruptive technology’ mampu mengambus lubang-lubang kejurangan ekonomi yang sukar diselesaikan oleh pihak berwajib.

+ Misalnya, tawaran segmen pendapatan baharu dapat diakses melalui platform teknologi seperti Uber dan AirBnB.

+ Namun kebelakangan ini, telah mula kedengaran detakan anti-tesis berkenaan manfaat ‘disruptive technology’.

+ Ini bermakna teknologi tersebut benar-benar mengganggu secara realiti serta bakal mendalamkan lohong jurang ekonomi masyarakat.

+ Dikatakan limpahan kesannya dapat dilihat dengan gangguan Uber dan Grab terhadap teksi konvensional. Ataupun kehadiran AirBnB telah mendorong kenaikan harga hartanah dan sewaan.

Benarkah begitu? Kebijakan bagaimanakah yang perlu dilunas?

Mampukah Steven Pinker memberikan pencerahan?