“Tun nak jumpa”; antara istilah rayuan dan promosi politik pada PRU lepas.
Hari itu pada malam rayuan politik mega, masih ada kosa kata teknologi dan kejuruteraan yang di sebut-sebut oleh Tun M. Benar, ia jarang-jarang dicerapi daripada pemimpin politik kebanyakan.
Sememangnya apabila disebut keperluan mempunyai ‘supreme champion’ untuk pemberdayaan agenda STI, benarlah tiada lagi yang setanding beliau.
Hari ini ketika adanya syarahan perdana universiti, pastinya lebih banyak lagi aspirasi sains, teknologi dan inovasi STI negara dapat dicerap.
Kali ini, Tun datang berjumpa sebagai Perdana Menteri. Barangkali inilah universiti tempatan pertama yang dilawati oleh Tun M secara rasmi selepas menjadi Perdana Menteri.