UTM PKPD

Salam semua. Seperti semua sedia maklum berita yang amat mendukacitakan yang kami terima last week ialah bila UTM diisyhtiharkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 21 Mei 2021 sehingga 3 Jun 2021. Luluh rasa hati bila kes positif semakin meningkat dalam UTM. Berdoa supaya dipermudahkan semua urusan dan dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati yang kuat buat mereka yang terkandas di dalam kampus.

Mulai 20 Mei 2021 (Khamis), sebarang operasi perkhidmatan secara fizikal di dalam kampus adalah diberhentikan serta merta. Walaubagaimanapun, staf adalah dibenarkan untuk hadir ke pejabat untuk mengambil dan menyiapkan tugasan yang penting dan diminta untuk segera beredar. Pengarah kami sarankan kami untuk beredar dengan segera seboleh-bolehnya selesaikan semua urusan sebelum jam 1 petang. Pastikan pejabat telah kosong sebelum jam 4 petang,

Sahabat staf dan adik-adik pelajar sekalian, semoga segala kesulitan yang kalian lalui ini dikurniakan ganjaran yang hebat dari Allah. Anda semua adalah insan-insan yang hebat.

Sumber : Facebook JHB & Facebook UTM

Tips Mudah Masak Untuk Berbuka

Ada tak ibu-ibu di luar sana yang slow bila di dapur macam saya? Saya ni kan, bila bab masak je, memang tak pantas langsung. Bila masak laju-laju memang kelaut la jadinya.

Kawan saya pesan, practice make perfect. Tapi saya ni kategori hari-hari juga memasak. Cuma masih gagal untuk jadi lincah di dapur.

Hari-hari lain, saya ok je bila memasak sebab makan lepas maghrib @ isyak kan. Tapi bila masuk Ramadan, nervous dia lain macam. Terfikir-fikir sempat ke tak nak memasak. Jadi, saya ikut tips kawan saya. Hari minggu siap-siap kopek bawang, bawang putih dan sebagainya. Yang nak di kisar, saya kisar siap-siap. Barang basah dah siap dipack ikut portion yang saya nk masak. Sebelum keluar ke pejabat, turunkan ayam/ikan yang saya nak masak. Tapi sayang, saya masih gagal. (Kelakar pula bila ingat balik)

Jadi saya, suami dan anak yang sulong duduk berbincang. Macamana nak atasi masalah saya yang tak laju bila masak ni. Suami menenangkan saya. Tak apa lah, jangan frust. Dua anak yang kecil tu kan suka kacau mama diaorang kat dapur. Tu yang tak berjaya. Lepas ni, tiap kali saya masak, suami akan bawa anak-anak main kat luar. Anak sulong pula cadang untuk goreng mee je, goreng nasik ke, makaroni goreng ke. Goreng naget je pun ok sebab abang lebih pada nak minum air katanya. Nanti sahur baru makan nasik. Alhamdulillah, suami dan anak pun cakap kalau saya tak sempat siap masak, kita minum je la air dulu. Silap-silap minum air je dah kenyang. 😀

Dan cadangan yang sulong saya ikot. Bila berbuka masak goreng-goreng je. Untuk sahur saya siap masak lepas tarawih (lepas budak dah tidur). Dan yeayyyy ianya berjaya.

So pada yang sama je pesennya macam saya, jangan mengalah. InsyaAllah semuanya kan baik-baik sahaja. Semoga apa yang kita usahakan untuk keluarga dikira sebagai ibadah oleh Allah swt dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda. Aaminn.

Opsss..bagi yang tertanya kenapa saya tak ke bazar @ beli ke untuk berbuka? Saya masih membeli. Especially kuih muih dan air untuk si sulong. Tapi untuk main dish tu, tahun ni saya berazam untuk masak sendiri untuk keluarga. Itu yang bersungguh dia lain macam 🙂 🙂

Solat tarawih di rumah

Salam 8 Ramadan semua. Dah hari kelapan baru nak cerita pasal solat tarawih kan. Tahun lepas kita semua tarawih kat rumah kan sebab PKP. Jadi tahun ni, dah boleh tarawih kat masjid, tapi suami je la yang pergi masjid. Saya dan anak-anak solat di rumah je dulu.

Kawan saya tanya, macamana la saya ni solat tarawih kat rumah dengan anak-anak kecik tu (selang setahun umur 2 dan 3 tahun). Saya jawab Alhamdulillah buat masa ni, masih okay. Tenang-tenang je la walaupun ada masa budak-budak mengacau juga. Lagipun ada abang nya yang sulongnya kan ada (umur 10 tahun). Dia tolong juga handle adik-adik walaupun dia pun kadang buat perangai juga. 😀

Tapi kan, solat tarawih tu kan bermaksud berehat. Ini kerana solat tarawih ini berehat setiap empat rakaat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’. (sumber : akuislam.com).

Jadi, sambil berehat seketika tu, saya handle la anak-anak. Buat susu. Peluk bila nangis. Dengar segala setiap aduan. Tolong apa yang nak ditolong. Tapi dibuat sambil berzikir dan doa.

Saya perasan, budak-budak ni, dia nak perhatian je. Bila diaorang buat hal dan kita beri perhatian, InsyaAllah lepas tu diaorang akan okay. Saya berpendapat, saya tak perlu stress. Tak perlu rasa beban nak solat dengan anak kecik. Biarkan rumah berserak. Nanti diaorang tido saya kemas lah. Lagipun, ini lah memori kita dan anak-anak nanti kan.

…sambung lain hari

Buang Angin Dalam Badan

Ini cerita style saya.

Korang pernah tak rasa sebu perut. Rasa sakit-sakit badan. Rasa nk sendawa tapi tak lepas. Pening kepala. Kadang tu badan rasa lemah (lemau) je. Geram je kan bila tak dapat sendawa.

Saya memang akan rasa macam ni bila waktu nak uzur. Atau waktu tu saya makan benda sejuk-sejuk time perut kosong. Memang terus zass rasa tak sedap badan.

Ini cara saya (saya ulangi ye. Ini cara saya) bila nak buangkan angin yang menganggu dalam badan.

Seulas bawang putih dan setengah inci halia di titik dan direndam dalam satu gelas air panas. Biarkan dia suam-suam sedikit, lepas tu minum lah. Lepas tu memang asyik sendawa dan terkentut lah.

Cara kedua ialah dengan sauna dan berurut. Kalau ada bajet memang saya akan ke spa untuk sauna dan berurut. Lega rasa badan lepas buat kedua-dua tu.

Ini lah yang saya amalkan untuk membuang angin dalam badan. Bila badan dah kurang angin kan baru selesa nak buat tugas harian.

…sambung lain hari

bihaRamli I 20042021

Google Drive

Tak semua suka perubahan. Lebih-lebih lagi bila kita dah berada dalam zon selesa. Masa mula-mula mantan Pengarah memberi saranan untuk guna Google Drive, saya tak berapa setuju sebab ianya agak melecehkan. Walaupun hampir sama dengan Microsoft Office, tapi ada juga kelainan dia. Terutamanya bila nak print.

Tapi saya ikut juga saranan beliau, perlahan-lahan saya gunakan Google Drive. Dari merekod dokumen, surat menyurat dan macam-macam lagi.

Berikut adalah contoh rekod permohonan perolehan yang direkod dalam goole drive.

Sehinggalah pandemik Covid 19 menyerang dunia dan MCO dilancarkan, waktu tu, saya rasa bersyukur sebab ikut saranan mantan Pengarah. Senang kerja sebab kebanyakkan maklumat ada dalam drive. Tak perlu la bos dan kawan sekerja tertunggu-tunggu maklumat. Sebab kita pun tahu sakitnya perasaan menunggu tu lebih-lebih lagi bila nakkan maklumat dengan segera kan. Hati ni rasa lega betul.

Apa-apa pun , pengajarannya untuk saya ialah, tak salah mencuba dan ikot saja saranan bos @ pegawai walaupun pada mulanya kita tak suka. Sebab semua tu ilmu dan tak keluar duit pun bila buat.

Yang baik, kita follow. Dan yang tak baik, jadikan pengajaran.

Ok. Nanti sambung lain cerita~~~