UTM PKPD

Salam semua. Seperti semua sedia maklum berita yang amat mendukacitakan yang kami terima last week ialah bila UTM diisyhtiharkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 21 Mei 2021 sehingga 3 Jun 2021. Luluh rasa hati bila kes positif semakin meningkat dalam UTM. Berdoa supaya dipermudahkan semua urusan dan dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati yang kuat buat mereka yang terkandas di dalam kampus.

Mulai 20 Mei 2021 (Khamis), sebarang operasi perkhidmatan secara fizikal di dalam kampus adalah diberhentikan serta merta. Walaubagaimanapun, staf adalah dibenarkan untuk hadir ke pejabat untuk mengambil dan menyiapkan tugasan yang penting dan diminta untuk segera beredar. Pengarah kami sarankan kami untuk beredar dengan segera seboleh-bolehnya selesaikan semua urusan sebelum jam 1 petang. Pastikan pejabat telah kosong sebelum jam 4 petang,

Sahabat staf dan adik-adik pelajar sekalian, semoga segala kesulitan yang kalian lalui ini dikurniakan ganjaran yang hebat dari Allah. Anda semua adalah insan-insan yang hebat.

Sumber : Facebook JHB & Facebook UTM