Salam 8 Ramadan semua. Dah hari kelapan baru nak cerita pasal solat tarawih kan. Tahun lepas kita semua tarawih kat rumah kan sebab PKP. Jadi tahun ni, dah boleh tarawih kat masjid, tapi suami je la yang pergi masjid. Saya dan anak-anak solat di rumah je dulu.
Kawan saya tanya, macamana la saya ni solat tarawih kat rumah dengan anak-anak kecik tu (selang setahun umur 2 dan 3 tahun). Saya jawab Alhamdulillah buat masa ni, masih okay. Tenang-tenang je la walaupun ada masa budak-budak mengacau juga. Lagipun ada abang nya yang sulongnya kan ada (umur 10 tahun). Dia tolong juga handle adik-adik walaupun dia pun kadang buat perangai juga. 😀
Tapi kan, solat tarawih tu kan bermaksud berehat. Ini kerana solat tarawih ini berehat setiap empat rakaat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’. (sumber : akuislam.com).
Jadi, sambil berehat seketika tu, saya handle la anak-anak. Buat susu. Peluk bila nangis. Dengar segala setiap aduan. Tolong apa yang nak ditolong. Tapi dibuat sambil berzikir dan doa.
Saya perasan, budak-budak ni, dia nak perhatian je. Bila diaorang buat hal dan kita beri perhatian, InsyaAllah lepas tu diaorang akan okay. Saya berpendapat, saya tak perlu stress. Tak perlu rasa beban nak solat dengan anak kecik. Biarkan rumah berserak. Nanti diaorang tido saya kemas lah. Lagipun, ini lah memori kita dan anak-anak nanti kan.
…sambung lain hari