Peperiksaan Akhir

Musim peperiksaan akhir telah bermula di Universiti Teknologi Malaysia. Good luck kepada semua pelajar Universiti Teknologi Malaysia umumnya dan pelajar MPPK1353 dan MPPS1363 khasnya.

JIWA AKADEMIA

Akademia baharu semakin mencabar seiring dengan perubahan masa. Ini kerana, beban kerja ahli akademik semakin bertambah dan mencabar. Banyak perkara yang perlu dicapai oleh staf bagi mencapai Key Performance Indicator (KPI) terutama dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penulisan, perundingan dan perkhidmatan kepada watan. Beban kerja ini menyebabkan ramai ahli akademik yang rebah dan tumbang kerana kehilangan jiwa akademia. Mereka hanya mengejar KPI semata-mata menyebabkan mereka kehilangan jiwa akademia mereka.

Sebagai seorang ahli akademik baharu, saya turut terkena tempiasnya. Oleh itu, bagi memastikan saya terus cemerlang di dalam bidang akademik dan dalam masa yang sama masih mempunyai jiwa akademia, saya perlu memastikan KPI dan jiwa akademia saya adalah selari. Jiwa akademia saya berpaksikan kepada “Cinta Ilmu”. Saya percaya jiwa akademia saya selari dengan KPI ahli akademik kerana cinta ilmu itu termasuklah cinta untuk meneroka ilmu baru dan cinta untuk berkongsi ilmu. Kecintaan terhadap penerokaan ilmu baru mendorong saya untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan yang berkualiti. Selain itu, ia mendorong saya untuk berkhidmat kepada masyarakat kerana saya percaya banyak yang boleh saya pelajari daripada masyarakat setempat. Kecintaan untuk berkongsi ilmu akan mendorong saya untuk mengajar menggunakan pedagogi yang berpusatkan pelajar kerana saya percaya bahawa terdapat tiga asas utama bagi menghasilkan persekitaran pemebelajaran yang kondusif iaitu (1) Guru sebagai fasilitator (2) Pembelajarn melalui pengalaman (3) Integrasi teknologi. Selain itu, kecintaan untuk berkongsi pengetahuan mendorong saya untuk terus berlatih artikel yang berkualiti supaya pengetahuan saya mudah difahami masyarakat seterusnya berkongsi pengetahuan dengan mereka. Saya juga akan berkongsi pengetahuan melalui perkhidmatan kepada masyarakat yang merupakan salah satu KPI ahli akademik.