Ciri-ciri orang Kafir

(وَدُّواْ لَوۡ تُدۡهِنُ فَيُدۡهِنُونَ) القلم 9

“Mereka suka jika engkau bersikap lunak, mereka juga suka bersikap
lunak. “
(Surah al-Qalam)
Sayyid Qutb tidak pernah mengatakan kepada seseorang: Awak kafir!
Malah apa yang selalu dikatakan beliau: Keimanan itu mempunyai ciri-ciri
yang tertentu yang diterangkan dalam kitab Allah dan sunnah Rasul. Begitu
juga kekufuran mempunyai ciri ciri yang diterangkan dalam kitab Allah dan
sunnah Rasul. Justeru itu sesiapa yang mendapati ciri-ciri keimanan pada
dirinya, maka hendaklah ia bersyukur kepada Allah terhadap ni’mat yang
telah dikurniakan kepadanya dan sesiapa yang mendapati pada dirinya ciriciri sebaliknya, maka hendaklah Ia bertaubat kepada Allah dan
membersihkan diri dan ciri-ciri yang mengeluarkannya dan keimanan. ltulah
maksud menggunakan methodologi hikmat dan nasihat yang baik untuk
menghadapi situasi-situasi manusia yang berada dalam keadaan tersisih yang
dihayati Islam pada hari ini. Itulah keadaan tersisih yang diisyaratkan
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadithnya.