Tarikh : 21 Januari 2020
Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif
Tarikh : 21 Januari 2020
Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif
Tarikh : 23 Januari 2020
Tempat : Dewan Seminar
Program pada hari kedua bermula dengan aktiviti indoor pada sebelah pagi & bersambung sehingga petang. Dan aktiviti outdoor dengan senaman ringkas untuk memanaskan badan, passing tepung secara kebelakang & cabaran mengeluarkan bola dari dalam batang paip yang berlubang dengan mengisi air secara manual menggunakan tangan.
Semua aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan & markah akan diambil berdasarkan pencapaian & komitmen setiap para peserta.
Program ini dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CIC, UTM Skudai sebagai program tahunan rasmi jabatan. Semua staf CICT Johor Bharu & Kuala Lumpur adalah terlibat.
Program berlangsung selama 3 hari bermula pada 11 Oktober 2019 sehingga 13 Oktober 2019 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram. Majlis pendaftaran bermula pada jam 11 pagi, 11 Oktober tersebut.
Program ice breaking bersama fasilitator-fasilitator bermula pada sebelah petang selepas sesi solat Jumaat selesai.
Latihan ini telah diadakan pada 29 Oktober 2019, bertempat di Bilik Juniper, Aras 2, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai. Latihan bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang dengan jayanya.
Seramai 9 orang peserta telah menyertai latihan ini, yang mana terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Nurul Husna Md. Zaini, pengaturcara & pelajar latihan industri.
Latihan asas ini telah diberikan oleh Encik Mohd Fairus Ahmad yang mempunyai kepakaran dalam pengaturcaraan PHP MVC.
Pelbagai ilmu, software & teknik-teknik serta tutorial berkaitan pengaturcaraan tersebut telah dikongsi oleh beliau kepada para peserta.
Ini merupakan aktiviti pada hari ketiga program Teambuilding CICT yang berakhirnya dengan jayanya. Para peserta mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama sebagai tanda penghargaan.
Majlis taklimat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai pada 10 Oktober 2019 pada jam 8.45 pagi. Taklimat telah diberikan oleh Encik Nik Kamal.
Taklimat ini adalah berkaitan dengan program Teambuilding CICT 2019 yang akan dilaksanakan pada 11 Oktober sehingga 13 Oktober 2019 nanti. Para peserta adalah terdiri daripada semua staf CICT.
h
Aktiviti ini dijalankan pada 29 Ogos 2019 bertempat di Bilik Seminar, Aras 4, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai pada jam 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang. Para peserta terdiri daripada staf wanita CICT & tutorial beserta pengkongsian ilmu diberikan oleh Puan Hasriyah binti Othman.
Pelbagai tips & teknik yang betul dikongsi kepada para peserta agar penampilan diri di tempat kerja adalah bersesuaian, selesa & menarik. Aktiviti turut disertakan dengan tutorial & praktikal sebenar bagi membolehkan para peserta mencuba & memahirkan diri agar para peserta boleh mengaplikasikan teknik-teknik tersebut setiap hari.