Bahan-bahan
- 10-15 ekor sotong. Pastikan sotong segar dan dibersihkan dengan sempurna.
- Beras pulut (anggaran untuk bilangan sotong yang diperlukan). Dibersihkan terlebih dahulu.
- 2 keping nisan atau gula melaka
- Santan
- Gula (secukup rasa)
- Sedikit garam
- 2-3 helai daun pandan
- Lidi atau pencungkil gigi
* Bahan tambahan (tak letak pun tidak mengapa)
- Halia – untuk mengurangkan bau hanyir sotong
Cara-cara
- Beras pulut ditanak terlebih dahulu sehingga masak.
- Apabila sudah masak, masukkan pulut tadi ke dalam sotong. Biarkan padat.
- Gunakan bahagian kepala sotong untuk menutup bahagian badan sotong
- Sematkan lidi/pencungkil gigi untuk mengelakkan pulut keluar apabila dimasak.
- Susun di dalam periuk
- Masukkan santan (agak-agak setara dengan sotong), daun pandan, nisan/gula Melaka, sedikit garam sekaligus
- Masukkan halia yang diracik *
- Hidupkan api perlahan dan kacau perlahan-lahan sehingga bahan mendidih
- Cuba rasa. Boleh tambah nisan/gula Melaka/gula mengikut selera individu
- Masak sehingga kuah menjadi pekat
- Angkat dan hidangkan
**** biasanya beras pulut dimasak bersama sotong. tetapi, bagi mengelakkan pulut tidak masak, kita tanak beras pulut tersebut terlebih dulu sehingga masak. kemudian baru kita sumbatnya ke dalam sotong untuk dimasak bersama-sama. cara ini adalah amat senang dan mudah bagi kita yang pertama kali ingin memasaknya.