Program Team Building merupakan program tahunan yang akan dijalankan oleh pihak pengurusan CICT.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesefahaman, kerjasama, kasih sayang, tanggungjawab & keceriaan staf setelah sekian hari berpenat lelah menjalankan tugas harian.
Program kali ini diadakan pada 28 Oktober 2018 bertempat di Pusat Latihan UTM. Staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh fasilitator.
Pelbagai program diadakan dan tamat pada waktu makan tengah hari & bersambung dengan sesi ceramah pada sebelah petang bertempat di Dewan Seminar, CICT.