UTM Pemasangan Percuma Sticker RFID Touch n’ Go

Pada masa ini, lebih daripada 100 ribu kenderaan telah pun menyertai Pilot Project penggunaan RFID ini. Kini, pilot project RFID telah masuk ke peringkat kedua dengan membuat pemasangan sticker RFID secara percuma untuk tempoh tertentu. Jumlah sticker percuma adalah TERHAD. 
 
LLM memberi peluang kepada warga UTM termasuk penduduk di kawasan sekitar UTM untuk memasang sticker percuma di kenderaan masing-masing pada tarikh-tarikh seperti berikut:
 
Tarikh :  27 dan 28 Mac 2019 (Rabu dan Khamis)
Masa :       9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Laman Menanti, Tasik Ilmu, UTM, Johor Bahru.
PEMASANGAN HANYA UNTUK MEREKA YANG TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA URUSETIA SAHAJA
 
Sila pastikan anda:
a) Memuat turun  aplikasi Touch ‘n Go ewallet di Apple Apps Store dan Google Play Store;
b) Mendaftar maklumat peribadi dan maklumat kenderaan di https://www.touchngo.com.my/html/preregisterrfid.aspx dan https://rfidregister.touchngo.com.my/#/woheader/login  setelah menerima email pengesahan;
c) Akaun Touch ‘n Go e Wallet yang telah didaftarkan HENDAKLAH ditunjukkan di pusat pemasangan;
d) Kenderaan yang dibawa ke pusat pemasangan HENDAKLAH kenderaan yang didaftarkan di RFID Registration Portal;
e) Membawa bersama dokumen berikut  semasa di pusat pemasangan;
f) Kad pengenalan asal dan salinan atau Lesen Memandu (warganegara) atau Passport (bukan warganegara);
g) Salinan Lesen Kenderaan Motor (Grant) atau Insurans Cover Note yang sah dan terkini;
h) Surat ‘Authorisation Letter’ daripada pemilik kenderaan ( sekiranya kenderaan tidak dimiliki oleh pengguna    berdaftar akaun ewallet Touch ‘n Go)