17 April 2022 merupakan Hari Hemofilia.
•Pembekuan darah adalah penting kerana ia mekanisme semula jadi tubuh untuk mencegah atau meminimumkan kehilangan darah di bahagian salur darah yang tercedera atau rosak.
•Bagaimanapun, gangguan pendarahan seperti hemofilia menghalang pembekuan darah berlaku kerana tubuh tidak mempunyai cukup faktor pembeku iaitu sejenis protein dalam darah yang mengawal pendarahan. Penghidap hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan jika mengalami luka walaupun kecil.
•Pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini, perlu menjalani rawatan sepanjang hayat mereka.
Kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menangani masalah hemofilia ini ialah dengan rawatan penggantian faktor pembeku darah.
Sekiranya anda pernah menderma darah, anda mungkin telah menyumbang kepada rawatan pesakit-pesakit Hemofilia. Teruskan sokongan dan sumbangan anda.
ANDA ADALAH WIRA.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=358385449656798&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3