Sihat bukan hanya bebas dari penyakit.
Planet sihat tonggak kepada kesejahteraan masyarakat.
Kemusnahan ekosistem dan perubahan iklim akibat pembangunan dan aktiviti ekonomi tidak mampan menjadi punca kepada kejadian cuaca ekstrim dan kemerosotan kualiti alam sekitar yang memberi impak negatif kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup.
Pengajaran dari kejadian pandemik dan bencana mendesak kita untuk lebih prihatin terhadap alam sekitar yang mampan ke arah mewujudkan masyarakat sejahtera untuk generasi sekarang dan akan datang.
Oleh itu, pada Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April 2022, bersama kita menumpukan perhatian dalam:
memastikan kesihatan manusia dan kesihatan planet terjaga
kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang terpelihara
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=351541040341239&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3