1. Doa untuk keselamatan diri di dunia & akhirat. Dibaca untuk memohon keselamatan agama, rezeki, maut, serta memohon rahmat dari Allah SWT.
اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Maksud : “Ya Allah, kami memohon kepada Engkau akan keselamatan agama, kesihatan tubuh badan, bertambahnya pengetahuan, berkahnya rezeki, menperoleh taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati, mendapat keampunan sesudah mati.”
“Dan ringankanlah sekiranya dalam sakaratul maut, dan selamatkanlah daripada siksa api neraka dan dapatkan kami keampunan pada hari hisab (perhitungan).”
2. Doa selamat dan menolak Bala
Doa selamat dan menolak bala ini berisi tentang permohonan kepada Allah SWT, agar selamat dari segala bencana, siksaan, atau ujian kehidupan.
اللَّهُمَّ افْتَحْ لَنَا أَبْوَابَ الخَيْرِ وَأَبْوَابَ البَرَكَةِ وَأَبْوَابَ النِّعْمَةِ وَأَبْوَابَ الرِّزْقِ وَأَبْوَابَ القُوَّةِ وَأَبْوَابَ الصِّحَّةِ وَأَبْوَابَ السَّلَامَةِ وَأَبْوَابَ العَافِيَةِ وَأَبْوَابَ الجَنَّةِ اللَّهُمَّ عَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَاءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الآخِرَةِ وَاصْرِفْ عَنَّا بِحَقِّ القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَبِيِّكَ الكَرِيْمِ شَرَّ الدُّنْيَا وَعَذَابَ الآخِرَةِ،غَفَرَ اللهُ لَنَا وَلَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ
Maksud : “Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkahan, pintu kenikmatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu a’fiyah dan pintu syurga.
“Ya Allah, jauhkanlah kami dari semua ujian dunia dan sesa akhirat. Palingkan kami dari keburukan dunia dan seksa akhirat dengan hal Al-Quran yang agung dan darjat Nabi-Mu yang pemurah. Semoga Allah mengampuni kami dan mereka.”
“Wahai Zat yang Maha Pengasih. Maha suci Tuhan, Tuhan keagungan dari segala yang mereka sifatkan. Semoga salam tercurah kepada Rasul. Segala puji bagi Allah, semesta alam.”