Pneumonia

🫁Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai ‘𝐬𝐞𝐩𝐭𝐢𝐜 𝐬𝐡𝐨𝐜𝐤’ dan membahayakan nyawa.

Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.

Dikongsikan tanda-tanda sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami pneumonia.

‼️𝐁𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.

Sumber : https://www.facebook.com/photo/?fbid=738660801629259&set=a.221890943306250