Kelewatan Perkembangan Kanak-Kanak

👶Pertumbuhan dan perkembangan si kecil merujuk kepada urutan perubahan fizikal, bahasa, pemikiran dan emosi yang berlaku pada kanak-kanak dari lahir hingga awal dewasa. Setiap kanak-kanak melalui proses pertumbuhan & amp; perkembangan.

Pertumbuhan adalah peningkatan saiz & amp; jisim badan. Perkembangan pula adalah berkaitan dengan kematangan sistem saraf. Perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat (4️⃣) bahagian utama iaitu:

1️⃣ Motor kasar
2️⃣ Motor halus dan penglihatan
3️⃣ Psikososial
4️⃣ Bahasa dan pertuturan

👨‍🦳🧑‍🦳Ibu bapa perlu mengetahui asas tentang perkembangan normal kanak-kanak bagi mengenalpasti samaada anak mereka berkembang dengan baik atau tidak.

📌Sekiranya terdapat tanda-tanda kelewatan, anak tersebut perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil kanak-kanak mengalami kelewatan dalam mencapai sesuatu kemahiran melebihi dari tempoh usia yang sepatutnya.

𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒔𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒌𝒆𝒍𝒆𝒘𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒕𝒆𝒓𝒗𝒆𝒏𝒔𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒂𝒎𝒂𝒕𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒌𝒂𝒏𝒂𝒌-𝒌𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒂𝒑𝒂𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒐𝒑𝒕𝒊𝒎𝒂.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=746689204159752&set=a.221890943306250