Tips Penggunaan Papan Pemotong Makanan

Sempena hari raya Aidiladha 🌙✨, ibadah korban akan dijalankan dan papan pemotong akan digunakan untuk memotong daging korban. Namun, kebanyakan pengguna seringkali mengabaikan kebersihan papan pemotong ketika menggunakannya.

Malah, pengguna juga sering menggunakan papan pemotong yang sama bagi memotong pelbagai bahan mentah yang boleh mengakibatkan pencemaran silang yang menyumbang kepada masalah keracunan makanan.

⚠️ Oleh itu, pengguna perlu menitikberatkan kebersihan papan pemotong semasa menggunakannya agar hidangan yang disediakan bebas daripada sebarang bahan pencemar seperti bakteria, bendasing dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=871428611685810&set=a.221890939972917

Leave a Reply