11 April merupakan Hari Parkinson Sedunia.
Penyakit Parkinson adalah gangguan sistem saraf progresif yang menjejaskan pergerakan. Ia kerapkali berlaku dalam kalangan orang tua. Namun, penyakit ini boleh juga berlaku di usia muda.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan prevalens penyakit ini bertambah mengikut umur di mana 41 per 100,000 penduduk berumur 40’an kepada lebih daripada 1,900 per 100,000 dalam kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas.
Walaupun penyakit Parkinson tidak dapat diubati, ubat-ubatan mungkin memperbaiki gejala yang dihadapi dengan ketara. Oleh itu, dapatkan diagnosa dan rawatan awal di fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Hidup dengan penyakit Parkinson boleh mencetuskan pelbagai masalah emosi, seperti kejutan diagnosis, kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal.
Dapatkan sokongan bagi menangani masalah emosi anda dengan:
Kekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan, dan penjaga anda
Sertai kumpulan sokongan untuk berkongsi pengalaman dan perasaan
Dapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh memberikan sokongan sosial.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=354462656715744&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3