Category Archives: Special

Punca & Tanda Keracunan Makanan

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Gejala keracunan makanan boleh berlaku dari tahap ringan hingga sangat teruk. Anda mungkin sakit kerana keracunan makanan tetapi tidak tahu apa makanan yang menjadi penyebabnya.

Bakteria dan virus yang berbeza menyebabkan gejala yang berbeza. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan makananโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=865018802326791&set=a.221890939972917

Tips Penyediaan & Penyimpanan Makanan yang Selamat di Rumah

Tip penyediaan dan penyimpanan makanan yang selamat di rumah

Makanan ๐Ÿฒ๐Ÿœ yang dimasak di rumah hendaklah sentiasa bersih untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan.

Pengguna diseru untuk sentiasa menitikberatkan kebersihan bahan mentah dan peralatan agar hidangan yang selamat, bersih dan berkualiti dapat dihasilkan.

๐Ÿ“Œ Berikut adalah tip penyediaan dan penyimpanan makanan di rumah sebagai panduan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=865453308950007&set=a.221890943306250

Periksa Telur Sebelum Guna

Kek, kuih-muih, nasi goreng mahupun pelbagai menu ๐Ÿฐ๐ŸฅŸ๐Ÿš lain menggunakan telur sebagai bahan asas. Oleh itu, telur merupakan antara makanan ruji bagi masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Namun, penggunaan telur ๐Ÿฅš yang telah rosak boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan.

Dikongsikan cara untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur. Ingatโ€ผ๏ธPastikan anda sentiasa mengamalkan konsep ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ง, ๐—•๐—”๐—จ dan ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” sebelum dimasak. Telur yang telah rosak akan berbau busuk.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=866072795554725&set=a.221890939972917

1 Beg Darah Mampu Selamatkan 3 Nyawa

Untuk menderma darah, seseorang didorong oleh banyak faktor termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat pengaruh rakan-rakan dan saudara mara.

Darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.

1๏ธโƒฃ beg darah mampu selamatkan 3๏ธโƒฃ nyawaโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=866697638825574&set=a.221890939972917

Denggi

Masyarakat perlu memainkan peranan dan bekerjasama dalam memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes ๐ŸฆŸ di persekitaran premis. Komuniti disarankan supaya melakukan melakukan aktiviti gotong-royong ๐Ÿงน๐Ÿงค๐Ÿงฝ bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes secara berkala termasuk mengitar semula โ™ป๏ธ atau melupuskan barang lusuh yang tidak terpakai yang berpotensi menjadi tempat nyamuk Aedes.

Jadikan aktiviti ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ป๐—ฎ๐—ต tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah ๐Ÿ”Ÿ minit sekali seminggu sebagai aktiviti rutin keluarga bagi memastikan persekitaran bebas Aedes dan seterusnya memutuskan kitaran nyamuk Aedes.

๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฒ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€, ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ, ๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜‡๐—ถ๐—ธ๐—ฎ.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=867317055430299&set=a.221890939972917

Tanda & Gejala Amaran Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes.

โš ๏ธ Awasi tanda dan gejala amaran demam denggi. Dalam sesetengah kes, keadaan boleh menjadi lebih teruk dan boleh meragut nyawaโ€ผ๏ธ

โš ๏ธ Segera berjumpa dengan doktor jika menghidap demam dan tinggal di kawasan kes denggi tinggi.

๐™๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ก ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ฌ๐™–โ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=867402808755057&set=a.221890939972917

Food Coma

Setelah menjamu selera, tubuh anda berasa letih dan anda berasa mengantuk ๐Ÿ˜ด. Keadaan ini dikenali sebagai ‘food coma’. ‘Food coma’ boleh terjadi kepada seseorang atas beberapa faktor.

Anda lebih terdedah kepada ‘food coma’ sekiranya anda mengambil kuantiti makanan ๐Ÿ›๐Ÿ yang tidak disyorkan untuk metabolisma anda dan kebiasaannya terjadi semasa musim perayaan. Jom ketahui punca terjadinya ‘food coma’.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=868777011950970&set=a.221890939972917

Etika Batuk & Bersin yang Selamat

Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladhaโœจ๐ŸŒ™, pastikan anda mengamalkan etika batuk dan bersin yang selamat jika anda mengalami batuk dan bersin.

Etika ini adalah cara selamat untuk menguruskan gejala ๐Ÿ˜ท dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

โ€ผ๏ธJusteru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini. Saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=869901361838535&set=a.221890939972917

Tips Penggunaan Papan Pemotong Makanan

Sempena hari raya Aidiladha ๐ŸŒ™โœจ, ibadah korban akan dijalankan dan papan pemotong akan digunakan untuk memotong daging korban. Namun, kebanyakan pengguna seringkali mengabaikan kebersihan papan pemotong ketika menggunakannya.

Malah, pengguna juga sering menggunakan papan pemotong yang sama bagi memotong pelbagai bahan mentah yang boleh mengakibatkan pencemaran silang yang menyumbang kepada masalah keracunan makanan.

โš ๏ธ Oleh itu, pengguna perlu menitikberatkan kebersihan papan pemotong semasa menggunakannya agar hidangan yang disediakan bebas daripada sebarang bahan pencemar seperti bakteria, bendasing dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=871428611685810&set=a.221890939972917

Khasiat Daging Lembu

Masakan berasaskan daging merah ๐Ÿฅฉ merupakan salah satu menu kegemaran masyarakat Malaysia. Daging merah ada kebaikannya tersendiri. Yang penting jaga saiz hidangan daging yang diambil.

โ€ผ๏ธPastikan ambil secara sederhana dan tidak ambil secara berlebihan. Ikuti saranan pengambilan daging merah iaitu saiz daging tanpa lemak sebesar tapak tangan โœ‹๐Ÿป bagi setiap hidangan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=871136365048368&set=a.221890939972917

Tips Tingkatkan Khasiat Menu Daging

Semasa sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha ๐ŸŒ™โœจ, menu berasaskan daging ๐Ÿฒ adalah antara yang menjadi pilihan utama. Daging cukup terkenal sebagai sumber tenaga dan sumber protein yang tinggi selain turut membekalkan sumber mineral penting seperti zat besi. Dikongsikan tips meningkatkan khasiat daging.

Ingatโ€ผ๏ธDaging mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. Jadi, ambil hidangan daging ๐Ÿฅฉ secara sederhana dan elakkan makan secara berlebihan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=871285548366783&set=a.221890939972917

Tips Pengguna Coolbox

Pengendalian bahan mentah terutama ayam ๐Ÿ— dan daging ๐Ÿฅฉ perlu diambil perhatian. Bagi memastikan simpanan bahan mentah tidak rosak, elakkan menyimpan terlalu padat di dalam peti sejuk.

Sebagai pilihan, penggunaan โ€˜cool boxโ€™ untuk simpanan
sementara boleh digunakan. Namun perlu diingatkan, penggunaan โ€˜cool boxโ€™ ini mestilah digunakan dengan cara yang betulโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=871986178296720&set=a.221890939972917

7 Langkah Cuci Tangan yang Betul

๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ž๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐——๐—”โ“

Kuman ๐Ÿฆ  boleh merebak dengan mudah jika tidak mencuci tangan ๐Ÿคš๐Ÿปโœ‹๐Ÿป dengan betul? Oleh sebab itu, amat penting untuk anda amalkan 7๏ธโƒฃ langkah cuci tangan.

Dengan mengamalkan tabiat 7๏ธโƒฃ langkah cuci tangan boleh memastikan diri sihat dan mencegah penyebaran jangkitan pernafasan serta cirit-birit.

๐Ÿ“ŒJom cuci tangan dengan teknik yang betul. ๐Ÿ‘๐Ÿป

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ž๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐——๐—”โ“

Kuman ๐Ÿฆ  boleh merebak dengan mudah jika tidak mencuci tangan ๐Ÿคš๐Ÿปโœ‹๐Ÿป dengan betul? Oleh sebab itu, amat penting untuk anda amalkan 7๏ธโƒฃ langkah cuci tangan.

Dengan mengamalkan tabiat 7๏ธโƒฃ langkah cuci tangan boleh memastikan diri sihat dan mencegah penyebaran jangkitan pernafasan serta cirit-birit.

๐Ÿ“ŒJom cuci tangan dengan teknik yang betul. ๐Ÿ‘๐Ÿป

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=872368931591778&set=a.221890939972917

Elakkan Pencemaran Silang

๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—šโ“

Pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau
pemindahan bakteria ๐Ÿฆ  berbahaya dari orang โœ‹๐Ÿป, bahan mentah ๐Ÿ— atau kawasan yang kotor ๐Ÿชฐ ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang dimakan terus.

Pengendali ๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿณ atau pekerja ๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผ yang tidak menjaga kebersihan peralatan ๐Ÿณ penyediaan makanan boleh menyebabkan pencemaran silang.

Pencemaran silang juga boleh berlaku di rumah ๐Ÿกsemasa kita menyediakan makanan di dapur. Peralatan seperti papan pemotong boleh menjadi medium untuk
pencemaran silang berlaku.

โ€ผ๏ธPastikan peralatan dan bahan mentah yang digunakan semasa penyediaan makanan anda dalam keadaan bersih dan selamat. Anda juga dinasihatkan untuk mencuci tangan ๐Ÿคš๐Ÿปโœ‹๐Ÿป sebelum dan selepas menyediakan makanan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=872517064910298&set=a.221890939972917

Khasiat Sayur & Buah

Buah-buahan ๐ŸŠ๐Ÿฅญ dan sayur-sayuran ๐Ÿฅฆ๐Ÿฅฌ sering dikenali sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Namun, buah dan sayur sebenarnya membantu dalam mencegah penyakit dan dapat meningkatkan daya tahan badan.

Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.

Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakan makanan. Kebiasaannya, buah-buahan akan diambil terus sebagai snek atau pembuka selera.

Sayur-sayuran pula boleh dimakan mentah untuk dijadikan ulam-ulaman. Sesetengahnya dimasak dan dicampurkan bersama kumpulan makanan yang lain seperti ayam ๐Ÿ—, daging ๐Ÿฅฉ, ikan ๐ŸŸ dan kekacang ๐Ÿซ˜untuk dijadikan sebagai hidangan.

โ€ผ๏ธWalau bagaimanapun, bagi anda yang menghidapi diabetes, pengambilan buah-buahan perlu dikawal dan mengikut saranan yang ditetapkan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=873026544859350&set=a.221890939972917

Apakah Itu Vitiligo?

Sempena sambutan Hari Vitiligo Sedunia, jom kita kenali penyakit Vitiligo.

Vitiligo merupakan masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan dengan sebaran secara simetri pada kulit manusia.

Penyakit ini tidak dapat sembuh sepenuhnya. Mereka yang menghidap penyakit ini digalakkan mendapatkan pemeriksaan dan rujukan dengan pakar kulit untuk mendapatkan jenis rawatan yang sesuai.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=873654788129859&set=a.221890939972917

Awas, Kupang Beracun!!!

๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—–๐—จ๐—กโ€ผ๏ธ

Bagaimana keracunan tersebut berlakuโ“Waspada dengan tanda-tanda Paralytic Shellfish Poisoning (PSP).

โš ๏ธ Jom, ambil tahu demi keselamatan bersama.

SEGERA KE FASILITI KESIHATAN BERHAMPIRAN ANDA SEKIRANYA MENGHADAPI TANDA-TANDA PSPโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=874268331401838&set=a.221890939972917

Tahukah Anda?

๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ž๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐——๐—”โ“

Pesakit diabetes berisiko 3x ganda menghidap penyakit gusi berbanding orang sihat.

Jom ambil tahu punca dan kesan penyakit gusi ini. Secara rumusannya, kawalan penyakit pergigian boleh
dicapai dengan mengawal kadar glukosa dalam darah danmengawal kebersihan mulut.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=874342204727784&set=a.221890939972917

Penjualan & Pemerdagangan Organ

๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ž๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐——๐—”โ“

Segala bentuk eksploitasi pemindahan organ manusia adalah SALAH disisi undang-undangโ€ผ๏ธ

Proses pemindahan organ hanya boleh dilaksanakan setelah menepati kriteria dan mendapat kebenaran bertulis daripada waris berdasarkan Akta Tisu Manusia 1974.

KKM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa cakna dan berikrar sebagai penderma organ seterusnya memaklumkan hasrat sebagai pengikrar kepada ahli keluarga bagi menjayakan perkhidmatan transplantasi yang beretika di negara ini.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=874919748003363&set=a.221890939972917

Demam Denggi Boleh Menyerang Semua Peringkat Masyarakat Tanpa Mengira Umur

Demam denggi boleh menyerang semua peringkat masyarakat tanpa mengira umurโ€ผ๏ธ

Walau bagaimanapun, risiko mendapat jangkitan demam denggi adalah lebih tinggi bagi individu yang tinggal atau berada di kawasan hotspot ๐Ÿ“ atau wabak denggi serta golongan bekerja dan pelajar yang kerap melakukan aktiviti di luar rumah.

โš ๏ธ Amalkan langkah-langkah pencegahan kendiri. Cegah denggi sebelum terkena. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=875611171267554&set=a.221890939972917

Cegah Sembelit dalam Kalangan Warga Emas

Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk kegunaan badan.

Bagi individu bergelar warga emas ๐Ÿ‘ด๐Ÿผ๐Ÿ‘ต๐Ÿผ, risiko untuk berdepan kemerosotan dalam fungsi sistem tersebut akan meningkat.

Ia sudah tentu mempunyai kesan daripada diet pemakanan ๐Ÿœ๐Ÿ›, amalan gaya hidup ๐Ÿšถ๐Ÿผโ€โ™€๏ธ๐Ÿง˜๐Ÿผโ€โ™€๏ธ, penyakit serta ubatan yang diambil.

๐Ÿ’กDikongsikan tip pencegahan sembelit dalam kalangan warga emas.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=876110234550981&set=a.221890939972917

Pemakanan yang Baik untuk Ibu Hamil

Bagi wanita kehamilan๐Ÿคฐ๐Ÿผadalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat disahkan doktor bahawa diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป yang bakal lahir sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan pemakanan ๐Ÿฅฆ๐Ÿ—๐Ÿซ˜ yang sempurna perlu dimulakan sejak dari dalam kandungan lagi.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=876920377803300&set=a.221890939972917

Jadikan Sayur Sebagai Snek

Badan yang sihat dipengaruhi oleh pemakanan dan juga gaya hidup. Nutrisi adalah penting untuk memastikan individu mengalami tumbesaran yang normal, perkembangan yang sejajar dengan umur serta memastikan tubuh badan sentiasa sihat.

Pada umumnya, corak pemakanan yang sihat harus berpandukan piramid pemakanan mengikut keperluan individu. Jom mulakan dengan tabiat pengambilan snek secara bijakโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=877484701080201&set=a.221890939972917

Panduan Pengendalian Daging Ayam yang Selamat

Seringkali berlaku kejadian keracunan makanan yang disebabkan oleh pengendalian penyediaan makanan yang tidak selamat.

Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif dengan memastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu.

Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakanโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=878118347683503&set=a.221890939972917

Apakah Itu Jerawat?

Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka. Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk.

Jerawat terjadi apabila liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik. Selain merawat masalah jerawat, terdapat juga cara untuk menghindari jerawat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=879141544247850&set=a.221890943306250

Tanda-Tanda Masalah Pendengaran

Masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran ialah keadaan kesihatan yang menyebabkan anda kehilangan keupayaan mendengar bunyi dengan baik.

Jika anda menggunakan peralatan yang mengeluarkan bunyi yang kuat, pakailah pelindung telinga. Semakin lama dan semakin kuat bunyi yang anda dengar, semakin rosak pendengaran andaโ€ผ๏ธ

โš ๏ธ Pelihara pendengaran anda dan ahli keluarga. Pastikan anda mendengar dengan selamatโ€ผ๏ธKami kongsikan tanda-tanda masalah pendengaran sebagai panduan bersama.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo/?fbid=880022597493078&set=a.221890943306250

Tanggungjawab Orang Ramai untuk Hidup Bersama COVID19

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas peranan bersama dalam memerangi COVID-19. Komitmen dan kerjasama rakyat Malaysia adalah kunci kepada kejayaan pencapaian peralihan fasa hidup bersama COVID-19.

Namun begitu, kita tidak boleh alpa dengan situasi semasa dan orang ramai dinasihatkan untuk memperkasakan diri untuk menjaga kesihatan masing-masing serta mencegah daripada mendapat jangkitan atau menularkan kepada orang lain.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Visit : https://www.facebook.com/photo?fbid=882001800628491&set=a.221890939972917