Category Archives: Special

Hari Kanser Sedunia 2022

Kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian tertinggi di dunia termasuk Malaysia bagi tahun 2020.

Apa yang patut saya lakukan?

✔️ Lakukan pengesanan awal dengan membuat ujian saringan
✔️ Aktif secara fizikal
✔️ Tidak merokok
✔️ Elak minuman beralkohol
✔️ Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
✔️ Urus stres dengan baik
✔️ Memberi sokongan kepada pesakit kanser

#WorldCancerDay

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=310033601158650&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Pendengaran Sedunia 2022

? SELAMAT HARI PENDENGARAN SEDUNIA!

Pendengaran yang baik sangat perlu untuk sepanjang hayat melalui penjagaan telinga dan pendengaran.

Banyak punca hilang pendengaran boleh dicegah, termasuk yang disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi yang kuat.

? DENGAR DENGAN SELAMAT.

? Mendengar Sepanjang Hayat, Hargai Nikmat Kehidupan!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=328940189267991&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Obesiti Sedunia 2022

? Obesiti adalah merupakan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan boleh menjadi punca utama yang menyebabkan penyakit tidak berjangkit lain seperti Hipertensi, Diabetes dan kegagalan jantung.

Sempena Hari Obesiti Sedunia, marilah bersama-sama berazam untuk menjalani gaya hidup sihat untuk mengelakkan obesiti dengan:
✅ Makan makanan sihat dan seimbang
✅ Aktif secara fizikal
✅ Elak minuman alkohol
✅ Berhenti merokok
✅ Urus tekanan dengan baik

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=329608799201130&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Minggu Glaukoma Sedunia 2022

?️Glaukoma adalah sejenis penyakit saraf mata.
Ia juga dikenali sebagai pencuri senyap penglihatan yang menjadi antara punca masalah kebutaan tanpa disedari.

Ianya menyebabkan medan penglihatan hilang sedikit demi sedikit, sehingga semua medan penglihatan hilang dan seterusnya mengakibatkan kebutaan yang kekal.
Penyakit ini sering disalah anggap sebagai faktor usia tanpa menyedari akan risikonya dan menyebabkan pengesanan lewat dilakukan.

Sempena Minggu Glaukoma Sedunia yang disambut setiap minggu ke-2 bulan Mac, bersama:
✅ Meningkatkan kesedaran dan kepekaan mengenai pencegahan, rawatan dan pemulihan untuk Glaukoma.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=330888669073143&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

World Oral Health Day 2022

20 Mac setiap tahun adalah Hari Kesihatan Oral Sedunia.

Kesihatan oral termasuk gigi, gusi, lidah dan lelangit mempengaruhi kualiti hidup kita.

? Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Ia bukan sahaja mengelakkan anda dari kesakitan tetapi juga boleh menjimatkan kos dan masa.

Mulut yang sihat menjadikan kita lebih yakin kerana pertuturan yang jelas dan bebas masalah nafas berbau.

‘Be proud of your mouth’

#OralHealthDay

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=340199821475361&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Tibi Sedunia 2022

? TB (Tuberkulosis) ataupun batuk kering adalah penyakit berjangkit. TB bukan penyakit keturunan.

Hari Tibi Sedunia di sambut pada 24 Mac bersempena memperingati tarikh penemuan kuman Mycobacterium Tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada tahun 1882.

Amatlah penting bagi kita untuk mengesan kes penyakit TB dari peringkat awal dan merawat mereka yang telah dijangkiti dengan secepat mungkin. Ini untuk mengelakkan lebih ramai orang yang akan terdedah kepada kuman ini dan mendapat jangkitan TB.

? Bagi pesakit TB, jangan putus asa. Dengar nasihat doktor dan ambil rawatan TB sehingga habis tempoh rawatan yang telah ditetapkan. Ia boleh dirawat sehingga sembuh.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=342669451228398&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Kesihatan Sedunia 2022

?⚕️Sihat bukan hanya bebas dari penyakit.
? Planet sihat tonggak kepada kesejahteraan masyarakat.

Kemusnahan ekosistem dan perubahan iklim akibat pembangunan dan aktiviti ekonomi tidak mampan menjadi punca kepada kejadian cuaca ekstrim dan kemerosotan kualiti alam sekitar yang memberi impak negatif kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Pengajaran dari kejadian pandemik dan bencana mendesak kita untuk lebih prihatin terhadap alam sekitar yang mampan ke arah mewujudkan masyarakat sejahtera untuk generasi sekarang dan akan datang.

Oleh itu, pada Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April 2022, bersama kita menumpukan perhatian dalam:

✔️ memastikan kesihatan manusia dan kesihatan planet terjaga
✔️ kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang terpelihara

#HealthierTomorrow

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=351541040341239&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Parkinson Sedunia 2022

11 April merupakan Hari Parkinson Sedunia.

? Penyakit Parkinson adalah gangguan sistem saraf progresif yang menjejaskan pergerakan. Ia kerapkali berlaku dalam kalangan orang tua. Namun, penyakit ini boleh juga berlaku di usia muda.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan prevalens penyakit ini bertambah mengikut umur di mana 41 per 100,000 penduduk berumur 40’an kepada lebih daripada 1,900 per 100,000 dalam kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas.

Walaupun penyakit Parkinson tidak dapat diubati, ubat-ubatan mungkin memperbaiki gejala yang dihadapi dengan ketara. Oleh itu, dapatkan diagnosa dan rawatan awal di fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Hidup dengan penyakit Parkinson boleh mencetuskan pelbagai masalah emosi, seperti kejutan diagnosis, kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal.

Dapatkan sokongan bagi menangani masalah emosi anda dengan:

✔️ Kekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan, dan penjaga anda
✔️ Sertai kumpulan sokongan untuk berkongsi pengalaman dan perasaan
✔️ Dapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh memberikan sokongan sosial.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=354462656715744&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Hemofilia Sedunia 2022

17 April 2022 merupakan Hari Hemofilia.

•Pembekuan darah adalah penting kerana ia mekanisme semula jadi tubuh untuk mencegah atau meminimumkan kehilangan darah di bahagian salur darah yang tercedera atau rosak.

•Bagaimanapun, gangguan pendarahan seperti hemofilia menghalang pembekuan darah berlaku kerana tubuh tidak mempunyai cukup faktor pembeku iaitu sejenis protein dalam darah yang mengawal pendarahan. Penghidap hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan jika mengalami luka walaupun kecil.

•Pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini, perlu menjalani rawatan sepanjang hayat mereka.
Kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menangani masalah hemofilia ini ialah dengan rawatan penggantian faktor pembeku darah.

❤️ Sekiranya anda pernah menderma darah, anda mungkin telah menyumbang kepada rawatan pesakit-pesakit Hemofilia. Teruskan sokongan dan sumbangan anda.

ANDA ADALAH WIRA.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=358385449656798&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Bumi 2022

? Tahukah anda berapa usia Bumi?

* Bumi dianggarkan berusia 4.54 bilion tahun.

? Masyarakat yang sihat bergantung pada ekosistem yang berfungsi dengan baik untuk menyediakan udara dan air yang bersih, ubat-ubatan dan keselamatan makanan.

Ketidakseimbangan biodiversiti akan memudaratkan kesihatan melalui pencemaran udara, penyakit, kejadian cuaca ekstrem, ketidakjaminan makanan dan tekanan terhadap kesihatan mental.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=361626812665995&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

World Hand Hygiene Day 2022

Penjagaan kebersihan tangan merupakan langkah asas kawalan jangkitan.

Mencuci tangan adalah kunci utama pencegahan penyakit berjangkit seperti COVID-19, influenza, cirit-birit dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Oleh itu, amalkan kebersihan tangan yang kerap dengan menggunakan air dan sabun.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=370351431793533&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Bidan Kebangsaan 2022

• Hari Bidan disambut setiap 5 Mei ini bagi mengingati jasa dan sumbangan Bidan Terlatih yang berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia.

• Skop tugas Jururawat Kebidanan merangkumi penjagaan perawatan wanita semasa mengandung, kelahiran serta selepas bersalin termasuk penjagaan bayi .

• Seiring dengan kemajuan dalam arus pembangunan teknologi perubatan serta keperluan kesihatan masyarakat, Bidan Terlatih kini terbukti kompeten demi memastikan penjagaan ibu dan anak lebih berkualiti demi mencapai Universal Health Coverage (UHC).

• Semoga sambutan tahun ini dapat meningkatkan jati diri yang tinggi serta semangat yang kental dalam kalangan Bidan Terlatih.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=370448988450444&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Ankylosing Spondylitis (AS) Sedunia 2022

Pernahkah anda mendengar tentang sakit belakang yang bersifat radang?

Sempena dengan Hari Ankylosing Spondylitis (AS) Sedunia, ketahui lebih lanjut mengenai AS.

Ankylosing Spondylitis adalah sejenis artritis yang menyerang sendi-sendi tulang belakang dan tulang pelvis.

Ia menyebabkan sakit belakang yang bersifat radang.

Rawatan bagi penyakit AS mungkin berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada jenis serta tahap keseriusan AS yang dialami.

Namun, jika masalah keradangan ini tidak dirawat dengan awal, ia akan menyebabkan kekakuan sendi-sendi di tulang belakang dan seterusnya membataskan pergerakan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=371484441680232&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Lupus Sedunia 2022

10 Mei 2022 merupakan Hari Lupus Sedunia.

“Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.

Apakah itu penyakit Lupus❓

Sistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus, adalah penyakit kronik autoimun di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

? Berikan sokongan kepada pesakit lupus.

#WorldLupusDay#MakeLupusVisible

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=373602508135092&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3

Hari Raya Aidilfitri 1443H / 2022M

Pengumuman pengisytiharan hari raya Aidilfitri telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” katanya.

Dapatkan ecards di sini – https://brand.utm.my/ecards/

World Autism Awareness Day 2022

World Autism Awareness Day 2022: World Autism Awareness Day is observed across the globe on April 2 every year. This year’s theme for World Autism Awareness Day is “Inclusive Quality Education for All.”

Kanak-kanak yang mengalami masalah Autisme, mungkin menunjukkan ciri-ciri berikut:

? gangguan dalam kemahiran komunikasi sosial
? tingkah laku atau perangai yang berulangan
? lebih cenderung dan lebih seronok bersendirian
? sukar dalam perkongsian bersama
? kerap kali mempunyai keinginan atau minat yang terhad

Sila dapatkan nasihat dan penilaian awal sekiranya anak anda menunjukkan ciri-ciri tersebut. Autisme boleh dikesan seawal usia 18 bulan.

Mendapatkan terapi seawal mungkin merupakan langkah yang bijak kerana Perkhidmatan Intervensi Awal dapat membantu mereka.

Terapi dan sokongan awal multidisiplin mampu membantu mereka dalam menangani masalah berkaitan dengan gangguan perkembangan.

❤️Fahami, sayangi dan berikanlah sokongan sepenuhnya kepada anak-anak ini.❤️

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=348735500621793&set=pb.100064560379224.-2207520000..&type=3