MENERAJUI INOVASI KE ARAH PENGHASILAN BERIMPAK

Buku bagi menyatakan agenda dan strategi universiti pada tahun 2015

Menerajui inovasi bukan sahaja untuk memperkasakan budaya inovasi institusi, malah kita berazam untuk menanam dan menyuburkan keupayaan berinovasi yang tinggi dalam kalangan graduan UTM. Kita mahu UTM dan inovasi adalah sinonim bukan sahaja sebagai tag line atau ‘brand promise’, malah diserlahkan sebagai budaya yang sebati dengan UTM. Inovasi merentasi banyak ciri-ciri lain yang perlu dibudayakan di UTM, iaitu minda entrepreneurial dan global.

About The Book

Kemakmuran sejagat adalah matlamat akhir UTM yang dinukilkan dengan jelas dalam falsafah UTM dan seiring dengan misi penjanaan kekayaan negara melalui penghasilan modal insan dan teknologi yang inovatif.

Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, UTM juga mempunyai tanggungjawab bukan setakat cemerlang dalam penyelidikan dan pembangunan yang memerlukan daya inovasi yang hebat, malah perlu berupaya menjana kekayaan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan. Hanya dengan daya imaginasi dan keupayaan berinovasi, dilihat jalan penyelesaian bagi memastikan produk hasil aktiviti penyelidikan mampu dikomersialkan.

About the author.

Former Vice-Chancellor of UTM

Wahid Omar

Other books