Pada 29 Januari 2019 telah diadakan Majlis Amanat Tahun Baharu Pengarah HEK bagi 2019. Majlis diadakan kali pertama di luar UTM bagi menyuntik semangat kebersamaan dan memotivasi dalam kalangan staf di HEK. Jangan risau, perbelanjaan yang digunakan adalah sepenuhnya daripada duit kelab pejabat.
Majlis diadakan di Impiana Hotel, Senai pada sebelah petang. Agak sukar pada awalnya untuk mencari tarikh sesuai untuk mengumpulkan semua staf dan pegawai, tetapi alhamdulillah, hari ini, hampir semua dapat hadir bersama-sama menjayakan majlis ringkas ini.
Majlis dibuka oleh Sharul dengan disusuli bacaan doa. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah hari lahir bagi staf yang lahir pada bulan Februari dan Mac. Kemudian, majlis disusuli sesi jamuan makan sebab semua dah mula tak senang duduk kalau diteruskan dengan majlis amanat pengarah. Selesai jamuan, Dr Zaleha, Pengarah HEK mengambil tempat dihadapan menyampaikan amanat ringkas beliau.
Selesai sesi amanat, majlis diteruskan dengan sesi pertukaran hadiah sesama staf, sekadar memeriahkan acara dan merapatkan akrab antara kami. Majlis disudahi dengan sesi gambar berkumplan di lobi hotel.