Tau korang teruja tengok skuter tu kan? Ini lah skuter elektrik atau e-scooter pertama yang diperkenalkan di UTM. Di bawa masuk dengan kerjasama pihak UTM Campus Sustainability dan Telepod (syarikat yang berpangkalan di Singapura, tapi CEOnya orang Malaysia).

E-scooter ini diperkenalkan dan dilancarkan Oleh Datuk Naib Canselor semasa program gaya hidup sihat yang diadakan di Padang Utama, UTM JB pada 27 Feb lalu, bersama hampir 900 orang peserta yang turut sama hadir ke sesi senam robik tersebut.

Start-up e-scooter ini di bangunkan oleh kumpulan pelajar NTU, Singapura dan mereka telah bermula sejak 2016. e-scooter ini bukan untuk dijual. Buat masa ini, e-scooter ini hanya digunakan untuk tujuan sewaan dalam kawasan tertutup dan tidak dibenar digunakan di jalan raya utama.

Kadar sewaan pada masa diperkenalkan di UTM adalah RM0.30 untuk setiap minit dan percuma untuk 10 minit pertama. Proses sewaan dan kredit pinjaman dilakukan hanya melalui apps. Minimum kredit adalah RM3.

Pengalaman menaiki e-scooter?

Best! Hanya perlu ‘kayuh’ sekali masa mula-mula sahaja kemudian pergerakan (accelerate) dibantu oleh motor yang ada pada e-scooter. Maksimum kelajuan adalah 25km/j berdasarkan piawaian yang ditetapkan. Aksesori yang ada,  loceng terpasang pada pemegang dan juga brek tangan untuk berhenti. Di bahagian hadapan, terpasang  lampu comel untuk menerangi malam sebagai isyarat keselamatan.

Dari segi keselesaan, batang pemegang boleh diselaraskan ikut ketinggian badan dan jangan merempit sangat. Sebab e-scooter ni bukan stabil sangat. Selain itu, jenis tayar yang digunakan tayar mati, jadi ada sedikit terasa hentakan kalau terlanggar lubang. Kalau tayar angin mungkin kurang sikit.

Untuk seronok-seronok, ronda-ronda kampus amat sesuai. Kalau nak bawa barang, pastikan ada bag galas di bawa bersama. Ya la, celah mana nak simpan barang kat e-scooter ni kan.

info lanjut, sila rujuk sini:
https://www.telepod.co/