Selepas 3 minggu dilantik menjawat jawatan Timbalan Pengarah HEK, Dr Abdullah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan staf HEK untuk berkenalan disamping mencadangkan hala tuju dalam memudahcara kerja dalam persekitaran HEK.

Dr Abdullah menggantikan Dr Azian yang telah tamat tempoh pada pertengahan April 2016 lalu.

Dengan karektor yang bersahaja, Dr Abdullah menyampaikan hasrat beliau dalam membantu staf HEK yang mungkin dah tepu dan ‘selesa’ dengan tekanan kerja di HEK.


Untuk menjadi sebuah ‘keluarga’ yang efektif dalam membantu organisasi bukan kerja mudah. HEK yang diibaratkan sebagai sebuah pejabat di kokpit kapal terbang, harus sentiasa fit untuk menyumbang jasa kepada Universiti tanpa pernah mengeluh.

Harapan tinggi untuk memastikan HEK terus releven dalam membantu Universiti  terus cemerlang dan gemilang di peringkat nasional dan seterusnya di persada antarabangsa. InsyaAllah.