Yang diraikan – Dr Azian Aziz, setelah mencurah khidmat di Pejabat HEK selama sepenggal, beliau memohon mengundur diri. Walau telah memberikan khidmat yang terbaik, namun beliau terpaksa mengambil langkah untuk berundur.

Pengarah dan sekalian staf terpaksa akur dengan keputusan beliau. Untuk itu, tempat beliau kosong (kini terisi dengan keberadaan Dr Abdullah – dari Akademi Bahasa juga).


Prof Masputeriah, dalam ucapan beliau telah memujuk Dr Azian untuk terus kekal. Tapi tidak berjaya. Dr Azian punya personaliti unik dalam tindakan kerja beliau. Beliau sangat pantas dalam mengambil tindakan yang dihantar kepada beliau. Sangat efektif. HEK ada kerugian di situ sebab senario kerja di HEK, kepantasan tindakan adalah kelebihan (atau antara keutamaan).

Dalam ucapan Dr Azian juga, beliau mengakui suasana kerja yang ‘tertekan’ disamping memerlukan komitmen yang tinggi, menjadikan beliau kurang selesa untuk terus kekal. Sambil² sedang berucap, Dr Azian sempat bertawaf sekeiling bilik mesyuarat untuk meminta maaf secara personal dengan staf yang berkenaan. Memang telus dan ‘lurus’.

Apa pun, buang yang keruh ambil yang jernih. Yang keruh disimpan jangan. Untuk menjadi insan yang penuh dengan elemen positif, janganlah pernah menyimpan dendam. Bersama² memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Moga terus sukses Dr Azian.

Habis ucapan kita potong kek meraikan hari lahir mereka yang berkenaan yang jatuh pada Jun – Prof Mas, Pn Wan Zaineeiah dan juga Pn Zalawati.

Ok masa untuk makan kek. 😁