Setelah UTM menganjurkan kejohanan yang sama pada 2011, tahun ini sekali lagi UTM diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab untuk menganjurkan kejohanan yang dianggap terbesar dalam kalendar golf universiti awam (UA). Kejohanan yang dibuat secara bergilir setiap tahun dikalangan UA ini telah menjangkau siri yang ke-44.

Jika diikutkan, giliran UTM mungkin lama lagi sebab masih baru menganjurkan pada 2011, tapi mungkin atas kepercayaan dan kejayaan penganjuran sebelum ini, pasukan UTM menerima tanggungjawab tersebut sekali lagi.
HEK seperti biasa diminta untuk menguruskan sambutan dan protokol terutama kepada tetamu utama yang bermain (dikalangan pengurusan kanan UA – Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan lain2).

Kejohanan pada kali ini diadakan bermula  22 Mei hingga 23 Mei 2016 di Palm Villa Golf & Country Club dan di IOI Palm Resort, Kulai. Penyertaan pada kali ini adalah yang paling ramai sepanjang sejarah kejohanan dengan penyertaan lebih 350 orang peserta meliputi pemain, dan jemputan vip.

Saya pada kali ini bertugas untuk menjaga pemain jemputan – Dato Abu Bakar (ahli LPU)  dan ditugaskan di IOI Palm Resort. Selain itu, diminta urusetia untuk menguruskan perjalanan Majlis Makan Malam Perasmian.

Hari pertama kejohanan pada 22 Mei, berlangsung dengan baik walaupun ada sedikit salah faham diperingkat urusetia namun dapat ditangani dengan baik. Majlis awal pagi, jadi adalah beberapa perkhidmatan yang terlewat untuk disediakan. Sesi pagi tersebut dimulakan jam 8 dengan sesi bergambar mengisi slot sebelum peserta ke lapangan.


Sesi hari pertama selesai dengan baik sekitar jam 1 tengahari.

Pada malam pula, diadakan Majlis Makan Malam dan Perasmian yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Majlis disempurnakan oleh YBhg Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), KPT. Turut hadir ke perasmian ini adalah YBhg Datuk Naib Canselor UTM. Majlis berjalan lancar dan berakhir jam 1030 malam dengan kehadiran lebih 300 orang pemain.

Keesokannya, kejohanan berlangsung seperti biasa dan berjalan dengan baik. Cuaca juga agak memihak kepada pemain untuk membantu mereka beraksi dengan sempurna tanpa gangguan.


Sesi di IOI berakhir pada tengahari dan semua pemain VIP bergerak ke Palm Villa Golf & Country Club untuk sesi penyampaian hadian yang bermula jam 4 petang. Pelbagai kategori dipertandingkan antaranya, hole-in-one,  nerest to pin, longest drive dan beberapa kategori lain.

Untuk pemenang keseluruhan kejohanan telah digondol oleh… Tahniah diucapkan.

Untuk senarai penuh pemenang boleh merujuk di laman rasmi berikut:

http://www.utm.my/golfua2016/author/golfua2016/

Untuk edisi ke-45 pada tahun hadapan, Kejohanan Golf Universiti Awam ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pengumuman kepada penganjur juga telah diumumkan pada majlis perasmian tersebut.

Dan alhamdulillah, untuk edisi kali ini, tiada insiden yang tidak diingini terjadi dikalangan peserta mahupun petugas.