Mungkin kita perasan atau tak, sebenarnya punca sebab banyaknya sampah adalah sebab diri kita sendiri. Bukan orang lain. Cuba kaji semula gaya hidup kita seharian. Pembelian barangan di kedai-kedai, makanan berbungkus. dan banyak lagi daripada sebesar-besar kotak perabut IKEA, sampai la sekecil-kecil pembungkus gula-gula atau cokelat. Paling ketara apabila beli makanan berbungkus dengan plastik polisterina digunakan. Semua sisa-sisa barangan dan makanan ini akan menghasilkan sampah.
Jadi strategi untuk mengurangkan sampah adalah bermula daripada diri kita sendiri. Urus dan buang sampah dengan baik. Mana yang boleh dikitar semula, pastikan dikitar semula.
Strategi yang lain untuk kurangkan sampah di premis atau rumah kita adalah dengan kurangkan tong atau bakul sampah. Sebagai manusia yang bertamadun, sampah mesti dan perlu dibuang ke tempat yang sepatutnya. Bukan dibuang merata-rata. Jadikan sebagai amalan seharian insya-Allah menjadi budaya bukan untuk diri kita sahaja, malah kepada masyarakat juga.
Bukanlah buang terus tong sampah tu. tapi kurangkan dan hanya letakkan ditempat-tempat strategik sahaja. Mudah untuk orang buang dan cari tong sampah, dan mudah juga untuk dikutip untuk di bawah ke lokasi kutipan sampah utama sebelum diangkut ke lori sampah.
Hargai persekitaran kita. Jadilah orang yang bertamadun. 🙂