Idea Bank UTM mula diwujudkan pada tahun 2010. Ketika itu, Dr. Zaini Ujang (kini Datuk Seri) menjawat jawatan Naib Canselor. Tujuan platform Idea Bank ini diwujudkan adalah untuk menggalakkan staf UTM untuk menyumbangkan idea bernas demi manfaat kepada UTM khususnya. Ini secara tidak langsung menyemai budaya kreatif dan inovasi dalam kalangan staf dan pelajar melalui pelbagai perkara. Daripada aspek fasiliti hinggalah kepada yuran akademik dan penjanaan kewangan.

Idea yang diterima akan ditapis oleh Jawatankuasa Penilai Idea Bank yang diwakili oleh wakil-wakil daripada jabatan tertentu. Sekiranya idea tersebut diterima, proses seterusnya di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemudah untuk pertimbangan daripada kesesuaian bajet dan pelaksanaan di peringkat jabatan yang berkenaan.

Sepanjang 9 tahun ini, sebanyak lebih 700 idea diterima dan sebahagiannya sahaja berjaya dilaksanakan. Selama ini juga, 4 orang telah memegang portfolio Idea Bank ini termasuk saya. Mencabar juga menjaga portfolio Idea Bank ni. Bila asas (foundation) tidak kuat, banyak perlu diperkemaskan agar lebih ringkas, infomatif dan sampai kepada pencadang dan pengguna.

Memperkemas Platform Idea Bank

Saya mula ‘sentuh’ Idea Bank ni sekitar Ogos 2019 lalu. Mengumpul idea dalam tabung sedia ada. Menerbitkan idea-idea di web dan mendapatkan bantuan team HEK untuk memperkemaskan web sebagaimana sekarang. Seterusnya mendapatkan penilaian daripada jawatankuasa penilai. Cabaran seterusnya untuk memastikan penyumbang idea mendapat kemaskini status daripada diterima atau ditolak, hinggalah pada pelaksanaan.

Alhamdulillah, statusnya telah selesai untuk komen terkini dan seterusnya. Secara jelasnya, setiap kemaskini status pada tindakan idea tersebut akan turut diperolehi oleh pemberi idea, hanya melalui kemaskini di entri idea berkenaan di bahagian komen.

Cuma pada masa ini, cabaran utamanya adalah untuk kemaskini ‘zaman dulu’ punya idea. Ada yang tergantung (tak tahu apa statusnya) dan juga, nak pautkan profil pencadang dengan idea yang dicadangkan. Jadi, tu cabaran utamanya sekarang ni.

Apa pun, penambahbaikan akan dilakukan berterusan. Sebelum tu, layan dulu paparan web Idea bank daripada 2012 (2010 tak dapat paparan cantik), 2017 dan terkini pada Disember 2019 ni.

Sambil-sambil tu boleh isi borang idea bank kalau-kalau tetiba ada idea nak kongsi di sini >> ideabank.utm.my

Paparan ideabank tahun 2012

Paparan ideabank 2017

Paparan ideabank Disember 2019